Wednesday, 8th October, 2134


Aku ingat bila dah buat personal blog ni, aku boleh luahkan apa ajer yang aku rasa aku tak puas hati, but then ini dah masuk 4 kali aku delete benda yang aku nak tulis dekat sini. Maybe this is what people refer to as self-censorship. Nope. It is nothing vulgar, cuma melibatkan siapa aku sebenar. Aku tak tahu how others see me, but from my point of view, aku biasa jer, senang berkawan kalau kena gaya, & senang tinggal kawan kalau tak kena gaya. Tapi kalau di selidik dalam-dalam lagi, aku orang Indonesia rupanya and somehow, more often than not, this bother other people so much…..

Termasuk family orang yang aku sayang.

I never whine about it before, in fact I take it as a blessing. Seorang Mat Indon yang gigih berusaha without any “special crutches” yang selalu di berikan kepada bumiputra-bumiputra lain. Application aku masuk MRSM dulu dah pernah kena kick without any reason other than ‘tidak memenuhi kriteria bumiputra’. At one time, aku pernah kena teased masa masuk satu sekolah premier kat Perak dulu sampai la aku takle tumpu belajar and end up registering (again) in my old school, luckily all my teachers there accepted me with open hearts and arms (read: teachers’ pet). Nama aku gak pernah diasing letak dan ditempatkan jauh dari kawan-kawan sekuliah aku masa U dulu (yang ini takde hal, Cuma susunan bilik ikut taraf bumi/non bumi, so sebab aku non bumi, dapatla kat bilik non bumi yang secara kebetulan satu-satunya yang muslim). Tapi dugaan yang aku dapat ni biasa-biasa aje kalau nak di bandingkan dengan kakak-kakak & abang aku.

Kak Wiwi siap kena denda teruk kat sekolah masa darjah satu. ABC yang mudah jadi teramat sukar untuk dia. Reason? Cara belajar & sebutan ABC kat sini beza ngan Indonesia. A ialah Aaaah (bunyi dia) B ialah Beh C ialah Ceh. Jadi, bila budak-budak Malaysia ni baca ABC, akak aku pulak baca Aaah, Beh, Ceh.. much to the annoyance of her teachers.. hahahaha. (Ni mak aku yang citer, aku tak lahir lagi). Abang aku senang sikit ‘coz datang-datang jer terus masuk darjah Dua. He didn’t have to learn ABC ‘coz syllabus ABC dia dah terlepas, hanya untuk darjah Satu.. hahaha. Itulah dugaan pertama yang dorang tempuh semata-mata nak bersaing dengan orang lain.

Dah besar sikit dugaan yang dorang lalui bertambah-tambah, selain dari perkara biasa such as kena kutuk, panggil nama, ejekan etc yang dah lali dengan dorang (& aku)… Well.. sticks and stones my friends.. Perkara-perkara besar mulai timbul. Kak Nini aku yang aktif dalam bola jaring masa kat sekolah dulu, tak dapat main untuk pemilihan wakil Melaka ke peringkat kebangsaan. Reason? Kakak aku orang Indon, & waktu tu arwah ayah aku masih dalam proses bertungkus lumus dapatkan taraf kerakyatan Malaysia untuk kami semua. So disebabkan taraf penduduk tetap, akak aku hanya jadi penonton, aku tahu mesti dia sedih waktu tu. Tapi aku bangga (and aku harap dia pun bangga) sebab team lawan sanggup buat macam tu untuk elakkan akak aku dari terus main. Nampak sangat akak aku memang hebat.

Nak masuk Universiti pun satu hal jugak. Walaupun keluarga aku sedar yang kami ni bukan orang tempatan, tapi mak bapak aku masih pentingkan pelajaran. Punyalah susah naik turun kedutaan Indonesia waktu tu.. aku rasa berbelas-belas kali jugakla arwah bapak aku pergi-balik Melaka-KL untuk mohon kebenaran dan sokongan dari kedutaan Indonesia supaya akak aku dapat masuk ITM (sekarang UITM). Last-last berkat sabar, usaha dan bantuan dari insan-insan yang prihatin. Kakak aku diterima masuk U atas “tiket” Kedutaan, Kak Wiwi aku punyala gembira masatu, disusuli Kak Nini aku beberapa tahun kemudian dengan melalui proses yang sama.. Yang syoknya, tulah kali pertama aku merasa makan McDonald’s sebab akak aku dapat masuk ITM kat Melaka, bila kitorang pegi melawat, singgah kat Mc’Donald’s Fajar. Masih segar diingatan aku, beli burger daging, 1st toy yang aku dapat…. pull-back car yang ada kepala bentuk burger… hehehe. Sebab apa aku ingat? Seminggu aku tido ngan kereta tu dalam tangan.. bukan senang nak makan kat fastfood restaurant masa tu. Pathetic one might say? Biarlah..

Arwah bapak aku nak beli rumah pun boleh jadi isu gak… Sampai ada orang-orang dengki sanggup ‘jenguk’ sekitar rumah aku 4-5 kali untuk perhatikan bila kami akan di halau dari tanah sendiri. Syukur kat Malaysia ni ramai insan yang berhati mulia dari yang penuh hasad dengki. Yang ini malas aku nak kenang, too complicated.

Macam-macam rejection yang family aku lalui sepanjang kami hidup ‘menumpang’ kat bumi Malaysia ni. Semuanya lain ragam, semuanya menyebabkan family aku lebih kuat and cekal hadapi cabaran, The obstacles really brought our family together.

Tapi, dalam banyak-banyak tu, satu yang aku & adik beradik aku sama-sama alami………

Soal jodoh, kecuali Kak Nini,

yang lain semuanya bumpy road…

sometimes too bumpy to jot down here.

Yang aku nak luahkan dekat sini sebenarnya ialah, aku sedar aku siapa,

Bapak aku datang dengan tongkang ke Malaysia…………..

Mak & adik beradik aku menyusul dan menumpang kat tanah Malaysia…..

Arwah bapak aku dari kerja buat rumah, buat batu bunga, jual kuih, bukak gerai sampai menutup mata….

Dari satu kerja ke satu kerja, tanpa rasa penat…..

Dari duduk menumpang atas ehsan & kemuliaan hati orang….

Menyewa sampailah beli rumah sendiri….

Siblings aku dari belajar semula mengeja…

Bersaing dengan orang lain….

Tanpa tahu samada ada peluang untuk terus belajar atau tak…

Emak aku yang sentiasa ada di belakang kami semua.

Sampailah kami semua secara sah bertaraf warganegara Malaysia….

Semua atas usaha tak kenal lelah bapak aku….

Beserta orang-orang yang sentiasa hulurkan pertolongan….

Sekarang Alhamdulillah kami semua berjaya…

Atas hasil arwah bapak & mak aku.

Aku ada degree in Engineering,

Kak W degree in Bussiness,

Kak N dah abis wat Master dah pun,

Abang aku….

Walaupun dia kerja awal untuk memberi laluan kepada kakak-kakak aku untuk terus belajar….. akan hadir konvokesyen Ijazah pertama dia 17hb Nov 2008…

Setelah berusia 38 tahun, seorang isteri… dan 3 anak.. ;)

Dah tentu aku rasa bangga dengan setiap ahli keluarga aku..

I am damned proud…

Dan tidak sekali-kali……

Aku akan biarkan orang pandang rendah pada aku atau family aku,

Tak akan aku berdiam diri bila orang memperlekehkan….

Keturunan aku,

Pada penat lelah arwah bapak dan emak aku…

Yang menjadikan kami berdiri sama tinggi, kadangkala lebih tinggi dari orang lain..

Pengorbanan mereka tak akan aku sia-siakan..

Itu sumpah aku…

Aku tak perlukan orang lain untuk bagitahu siapa aku,

dengan siapa aku boleh berkawan,

dengan siapa aku boleh atau tidak boleh habiskan hidup ni…

Dan jangan sesekali fikir..

Aku tak layak untuk sesiapa…

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book