Sunday, December 21st, 2335

Harini aku dapat tengok wayang kat Gold Glass GSC Mid Valley courtesy kepada kawan kepada girlfriend aku (thanks Kak Nurul).

Lounge versi gold class

Memang best la (takkan tak best dah tiket dia pun RM20 sebijik). Tapi citer yang di wayangkan tak best langsung. Patotla tajuk dia The Day The Earth Stood Still.  Memang aku rasa 2 jam aku dok menangok macam takder apa-apa pergerakan yang berlaku. Langsung takder isi dan takder apa-apa moral of the story, tapi kalo favourite past time ialah menengok cat mengering didinding (pergh.. ayat tak bley tahan).. korang layan la citer ni. Citer ni sebenarnya bleh abis dalam masa sploh minit jerk kalau aku diberi peluang menggarap semula.
  1. Makhluk asing datang untuk misi selamatkan bumi (dengan cara membunuh manusia yang pollute bumi). - 3 minit
  2. Makhluk asing kagum dengan emosi kasih sayang yang ditonjolkan manusia. - 6 minit
  3. Makhluk asing balik rumah dan tak jadi musnahkan bumi (bagi can la konon) - 1 minit
Pergh!! Plot citer.. macam Sathianathan (aku sudah mencipta ekspresi baru).

Tapi selain dari tu, aku dapat la jadi orang pertama yang main game gantung X'mas ornaments X'mas tree kat foyer wayang GSC tu untuk dapatkan tiket percuma ke prebiu citer Four Christmases.  

2 pas masuk yang aku menang

Sebenarnya tak menang coz exceed designated time limit, tapi disebabkan ke"hansap"an aku (iaitu muke seposen) amoi yang kiut tu bagi gak pass tu kat aku. tapi... Alamak! 30hb la, malam plak tu, mana sempat.. dah nak terbang dah pagi esoknya.. Hmm.. ade sapa nak? 


Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book