Friday, 19th December, 1148 

RITA Rudaini, 32 (32? Ek eleh 32 tu umur yang dibagitahu dia la.. cuba tengok IC sket) enggan untuk tampil membuat sebarang kenyataan berhubung dengan perkahwinannya dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 21 dengan alasan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. (haha, walaupun dah cakap tak nak tulis, could not resist sambung berita nih, sorry) 


Sumber terdekat dengan pelakon ini berkata, Rita sekarang sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri mengaku sudah bernikah hampir 10 bulan dan buat sementara untuk mendiamkan diri sehinggalah keadaan menjadi reda. “Rita tidak berhasrat untuk membuat sebarang sidang media bagi menjelaskan isu perkahwinannya dalam jangka masa terdekat ini kerana dia tidak mahu menambahkan lagi kekecohan yang berlaku. (you think?) Buat masa ini dia lebih senang berdiam diri kerana ingin memberikan tumpuan kepada kerjayanya. “Setakat ini memang dia tidak ada langsung perancangan untuk mengadakan sidang media. Kemungkinan Rita hanya bersedia untuk memberi kenyataan tahun depan,” jelas sumber itu lagi. Rita dan Aidil berkenalan pada penghujung 2006. Perkenalan itu diaturkan seorang rakan Rita yang mengetahui minatnya terhadap sukan bola sepak tempatan

  (perkataan tempatan yang tak bleh tahan tu,dialog mesti lebih kurang camnih "Erm,(letak nama kawan) I betul-betul nak tahu perkembangan mengenai sukan bola sepak TEMPATAN, boleh tak you hook me up dengan someone? Make sure dia separuh umur I, hensem, dan baru nak naik coz I bleh sponsor dinner etc, TEMPATAN tau, jangan you call Beckham plak, tak kuasa I nak gaduh ngan Vic nanti, I dengan dia kan bff'")



Zaquan Adha (The smarter one)

Bagaimanapun pertengahan tahun ini hubungan pasangan itu dilaporkan retak tetapi Rita enggan mengulas lanjut dengan alasan perlu menjaga hati banyak pihak. “Saya tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannya kerana bimbang ia akan mengguris banyak pihak. Maklumlah manusia ini rambut saja sama hitam tetapi hati lain-lain. Saya sedar sebagai artis, segala perkembangan diri termasuk hal peribadi perlu dikongsi dengan peminat. “Namun kali ini saya mohon agar cerita yang sedang hangat diperkatakan ini disimpan saja. Sama ada benar kami sudah putus atau masih bercinta, biarlah saya dan dia saja yang tahu kerana perkara ini membabitkan kami dan keluarga,” katanya. 

(Statement ni bukan statement selepas berita ni kuar tapi dalam akhbar Harian Metro pada 12 Jun lepas, maksudnya masa menafikan hubungan itu, Rita sebenarnya sudah menjadi isteri kepada Aidil Zafuan) (Rita nih pernah kahwin dengan penyampai berita sukan TV3, Akbar Shaari pada 1999. Dialog masatu mesti macam nih. "Erm, (letak nama kawan) I nak tahu perkembangan sukan tempatan kerana ia ada kena mengena dengan kerjaya I, boleh tak you hook me up with some pembaca berita sukan, pastikan lelaki yer, make sure tempatan tau I tak nak you panggil nanti susah nak dapat visa bla,bla bla") 

Bagaimanapun perkahwinan itu hanya bertahan selama dua tahun apabila mereka bercerai pada 2001, tetapi pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata. Selepas 10 bulan menyembunyikan rahsia perkahwinannya itu, ia akhirnya terbongkar apabila keluarga Mohd Aidil Zafuan mengadakan sidang media khas untuk menjelaskan kedudukan sebenar status anak lelaki mereka. Rita dan Mohd Aidil Zafuan bernikah di Songkhla, Thailand pada 25 Februari lalu dan agak menyedihkan ia berlangsung tanpa pengetahuan keluarga di pihak lelaki. 

Seperti kata Abdul Razak Salleh, 59, bapa kepada Aidil, hanya anaknya dan Rita saja mempunyai jawapan kenapa mereka merahsiakan perkahwinan itu. Kini kedua-duanya menjadi buruan media yang mahukan jawapan kenapa perkahwinan itu harus disembunyikan. Namun bukan saja Aidil tetapi Rita juga gagal dihubungi. Keluarga Aidil dalam sidang media tergempar yang diadakan di kediaman kakaknya di Coral Heights, Seremban, Rabu lalu, berkata mereka sendiri gagal menghubungi Aidil selepas mendapat tahu mengenai perkahwinannya daripada kakak sulungnya Ruziana, 37, pada 14 Disember lalu. 

Begitu juga dengan Rita, sehingga kini aktres itu langsung tidak membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun menjawab panggilan telefon. Mungkinkah kerana tentangan keluarga menyebabkan pasangan itu nekad berkahwin dan merahsiakan perkahwinan mereka? Jarak umur 11 tahun (11 tahun ikut umur yang diberikan lah... yeah rite.. sebelas tahun) juga kononnya menjadi punca keluarga tidak merestui perhubungan yang terjalin sejak beberapa tahun yang lalu. (Hmm dialog pas ni, "Erm,(letak nama kawan) I nak tahu perkembangan sukan bolasepak tempatan, bleh tak you hook me up dengan mana-mana coach, tapi jangan panggil Sathianathan plak, dahla tak tahu susun strategi, nak keluar list senarai pemain kebangsaan pun macam cabut undi jerk, tu belum lagi citer pasal formation, tactics bla bla bla, lembu betol dia tu.. camne plak boleh sambung kontrak.. main mandrem kot?? ingat I artis je ader mandrem-mandrem. U cari yang lain ok.. " hahahaha)


teks: kredit kepada bh online

Penambahan isi 
Posted on : Wednesday, 24th December

Kredit: Kosmo! Online

JOHOR BAHRU - Pelakon Rita Rudaini, 32, yang berkahwin secara rahsia dengan teman lelakinya, Aidil Zafuan Abd. Radzak, 21, disahkan telah hamil. (kan betul.. terer aku dan eberapa orang yang wat undian poll kat kanan tuh..... kalau tak mengandung mesti masey rahasia)

Sumber Kosmo! memberitahu, usia kandungan Rita kini sudah mencecah dua bulan setengah.

"Rita memang tertekan dengan keadaan yang berlaku sekarang tetapi sangat gembira kerana sudah disahkan mengandung dan dia juga masih mampu menjalani penggambaran sebuah drama bersiri dengan Suhan Movies pada ketika ini," kata sumber yang merupakan teman rapat pelakon jelita itu kepada Kosmo!.

Bagaimanapun suami Aidil yang ditemui semalam enggan mengulas mengenai kehamilan isterinya. Dia berjanji akan menjelaskan segalanya dalam satu sidang akhbar beberapa hari lagi.

"Maaf, saya enggan komen. Satu sidang akhbar akan dibuat (tidak lama lagi). Ketika itu, abang (wartawan) boleh tanya macam-macam,'' ujarnya.

Demikian komen ringkas Aidil ketika ditanya mengenai status Rita yang dikatakan sedang mengandung dua bulan setengah selepas perkahwinan rahsia mereka berdua di Songkhla, Thailand Februari lalu terbongkar baru-baru ini.

Enggan bercakap banyak, Aidil bagaimanapun mengakui telah berjumpa keluarganya bagi menjernihkan keadaan dua hari selepas keluarganya membuat sidang akhbar di Seremban baru-baru ini. Rita bagaimanapun tidak ikut sekali dalam pertemuan itu.

Aku ucapkan tahniah kepada mereka. Harap kekal selamanya.. Secara positif lebih baik kahwin sesenyap dan rahsia terbongkar daripada pertemuan rahsia dan ditangkap lencun.. kan?

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book