Tuesday, 23 December, 2200

LAPORAN AKHBAR MENGENAI KISAH CINTA RITA-AIDIL

  •  5 Oktober 2006

    RITA menjadi perhatian ramai apabila disebut-sebut akrab dengan Aidil. Keakraban mereka bukan rahsia lagi berikutan ramai pihak, termasuk peminat, pernah terserempak mereka keluar bersama.

    Rita juga dikatakan beberapa kali dilihat ada di tepi padang bola sepak menyaksikan Aidil beraksi. Ketika dihubungi, Rita tidak menafikan gosip itu dan berkata, dia senang berkawan dengan pemain bola sepak muda itu.

  •  6 Oktober 2006

    BAPA Aidil menafikan dakwaan anaknya bercinta dengan Rita. Abdul Radzak Salleh, 57, berkata keluarganya kurang berpuas hati dengan gosip itu yang disifatkannya tidak benar.

  •  6 Oktober 2006Z

    AIDIL mengakui mengenali Rita menerusi saudara kembarnya, Mohd Aidil Zaquan Adha. Sewaktu dihubungi bagi mendapatkan penjelasan sejauh mana perkenalan antara dia dan Rita, Aidil berkata, pertemuan berlaku secara tidak sengaja sewaktu keluar dengan pemain bola sepak yang lain.

  •  14 Januari 2007 

    EPISOD percintaan Rita dan Aidil yang sebelum ini hebat digembar-gemburkan sedang hangat dikatakan berakhir. Difahamkan, cinta Aidil kini beralih arah kepada artis remaja yang menempa nama dalam dunia nyanyian, Zehra Zambri.

  •  15 Julai 2007

    LEBIH kurang 35,000 peminat bola sepak negara berkumpul di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 8 Julai lalu, untuk menyaksikan perlawanan di antara Malaysia dan China bagi peringkat kumpulan C Piala Asia 2007. Malaysia kalah teruk 1-5.

    Namun, bukan cerita bola sepak yang menarik perhatian, tetapi dalam kebanjiran penonton itu, terselit seorang artis cantik. Siapa lagi kalau bukan Rita yang difahamkan setia memberi sokongan kepada buah hatinya, Aidil.

  •  16 September 2007

    AKHIRNYA hubungan Rita dan Aidil bukan lagi rahsia apabila gambar mesra mereka berpelukan di Genting Highlands tersebar secara meluas di Internet. Yang pasti, kedua-duanya tidak ada istilah main-main, hubungan mereka serius.

  •  15 Jun 2008

    CINTA Rita dan Aidil masih bertahan sekalipun ada khabar angin mengatakan hubungan mereka retak.

  •  18 Disember 2008

    “KAMI tak buang dia tapi terkilan dengan tindakannya membelakangkan kami mengenai perkahwinan dengan Rita Rudaini,” kata ibu Aidil, Azizah Arshad, 56 yang kesal dengan perbuatan pasangan selebriti itu mengenepikan keluarga untuk mendirikan rumah tangga.

    Katanya, Aidil tidak pernah berbincang atau mendapatkan pandangan keluarga sebelum bernikah dengan Rita di Selatan Thailand.

    Aidil dan Rita dikatakan bernikah pada 25 Februari lalu sebelum dihidu kakak sulung Aidil, Ruziana, 37. Bapa Aidil, Abd Radzak Salleh, 59, berkata keluarganya mengetahui perkara itu melalui Ruziana selepas dia dimaklumkan sendiri oleh Mohd Aidil.

  •  19 Disember 2008

    “SAYA rayu pihak media memberi ruang kepada saya mahupun isteri menyelesaikan beberapa perkara sebelum kami tampil memberikan sidang akhbar,” kata Aidil mengenai pernikahannya dengan Rita.

    Aidil turut meminta semua pihak menghormati pendiriannya dengan tidak mengganggu atau cuba mendapatkan kenyataan daripada ahli keluarganya mahupun keluarga Rita.

    Rita pula enggan tampil membuat kenyataan berhubung perkahwinannya dengan Aidil dengan alasan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

    Sumber terdekat dengan pelakon ini berkata, Rita yang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri mengaku bernikah hampir 10 bulan. Buat sementara dia memilih untuk mendiamkan diri.

  •  24 Disember 2008

    “SEMUANYA sudah selesai, tolong jangan perbesarkannya lagi,” kata Aidil mengenai isu pernikahannya dengan Rita di Selatan Thailand, hampir 10 bulan lalu.

    Aidil menjelaskan tiada lagi masalah antara pihaknya dengan keluarga di Seremban. Dia mengakui sudah pulang ke pangkuan ibu dan bapanya bagi menjelaskan keadaan sebenar.

  • Kredit teks kepada:
    RUDY IMRAN SHAMSUDIN @ harian metro
    imran@hmetro.com.my

    Related Posts by Categories



    Widget by Hoctro | Jack Book