Kerajaan, kerajaan... Terima kasihla sebab bagi cuti dekat kami hari Jumaat ni... Tapi kenapa lambat sangat umum? Kalau nak tukar flight SBW-KL sekarang harga dia dah RM735.00. Tu tak kira duit tiketr bot ekspress lagi untuk keluar dari Kapit ni lagi tu..


Cuti Khas Untuk Semua Sekolah dan Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Pada Hari Jumaat, 18 September 2009 Sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H



1. Kabinet yang bermesyuarat pada hari ini, 16 September 2009, telah bersetuju untuk memberi Cuti Khas kepada semua Sekolah dan Institusi Pendidikan di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari Jumaat, 18 September 2009, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang dijangka akan disambut pada hari Ahad 20 September atau hari Isnin 21 September 2009.

2. Keputusan ini diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.

3. Dengan keputusan Kabinet ini maka semua arahan Kementerian Pelajaran berkaitan Cuti Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H sebelum ini adalah terbatal.


YAB Menteri Pelajaran Malaysia
Putrajaya, 16 September 2009


Kan bagus kalau buat keputusan awal.. Nampaknya dari isu besar negara macam PPSMI sampaila isu cuti, masih tak tahu sebenarnya berdiri di mana... Apa-apapun, aku masih seronok mendidik anak bangsa, biarpun orang Ibanke, Kenyahke, Melanauke, Sekapanke, Kejamanke... Mereka tetap aku sayang.

Biarlah keluar arahan atau amaran pada guru Sains dan Matematik yang mengajar dalam Bahasa Malaysia, aku akan teruskan jugak... Kalaulah aku mengajar di bandar atau paling-paling koman pun pekan, pasti aku akan patuh, tapi aku mengajar di pedalaman.. Kerut-kerut muka pelajar dah cukup menunjukkan yang mereka mahu faham, mahu tahu tapi tak tahu-tahu juga.. Jadi biarlah aku mengajar tak sia-sia, walaupun 90% Bahasa Malaysia.. Markah Ujian dan Peperiksaan (dalam dwibahasa) yang menjadi ukuran kepuasan diri aku. Biarlah Karajaan kata mereka akan tercicir di Universiti nanti, daripada mereka dah hilang minat semenjak sekolah menengah lagi.. Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat.. yang dikendong... berterabur...

Sampai bila anak-anak kita nak dijadikan eksperimentasi? Yang dibandar memang dah stabil, tapi yang di solok-solok pedalaman ni, tolonglah buat sesuatu (setelah berfikir) untuk kesejahteraan mereka, sebab walau dalam hutan mana pun.. Masih hutan Malaysia, masih warganegara kita, masih perlu sokongan KITA.



Wednesday, 16th Sept 09 (26 Ramadhan) 2142





Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book