Showing posts with label sad. Show all posts
Showing posts with label sad. Show all posts

Hijrah (migrate)

It has been a while since the last post here. I am now working back in my hometown... leaving Kapit behind.. but not forgetting all the memories I had during the bitter-sweet 5 years working there.

The feeling during my last day was just like what I imagine it would be. I cried.. but not like the time when we were kids; pulling all the awkward facial expression to show that we are indeed sad.... but just a silent cry.. It took me by surprise because didn't realise I am capable of doing it.

It is not only because I have to leave the tranquil place. It is because having to leave love ones. The truth is, I cried because I can't bear the thought that I might never see Well again. The boy who I treated like my own son and in return, treated me like I am his own father.

My very concerned was the fact that he was dyslexic. There is nothing wrong with him. He looks like everyone else. He can engaged in an intellectual conversation, play sport excellently and even had experience acting on stage. The only drawback is he can't read very well. Whilst short-spelled words are easy, long words seem so alien to him. Looking at the work prospects available in Kapit, I don't know what in store for him for his future, if he continue to stay there.. Sigh!

The goodbye hug we shared was like an indicator that we would probably won't be able to see each other again. Last words were exchanged (they were too personal to share here) and tears flows freely again.

It is good to know that I still have a soft spot in my heart. I haven't experience such feeling since my father passed away...

And now.. I am migrating to a new beginning..

Well Celltone Luang, maybe you thought that I give you shelter and protect you from harm..but in reality.. you are the one who give me more than you ever realised, and for that, I thank you.. until we meet again...

Last Day... InsyaAllah

Hmm.. If everything goes according to plan, today will be the last day of me teaching in Kapit. Belum pindah lagi cuma sekarang ni Final Exam dah pun mula dan aku dah takde kelas untuk diajar lagi. Suddenly the reality sets in and hit me hard in the head. Macam-macam ada dalam kepala otak ni. Sangat-sangat berkecamuk.

Pasal rumah.....
Pasal sekolah baru...
Pasal nak post kereta...
Pasal nak kemas barang-barang...
Pasal budak-budak yang aku sangat suka kat sini....
Pasal kenangan aku selama 5 tahun...
Pasal achievement yang aku dah dapat capai..
Pasal experience.....
Pasal Well...
Hmm....

So tadi disebabkan ini mungkin akan jadi hari terakhir aku mengajar kat sekolah ni.. lepas abis chapter Heat tadi aku pesan kat 2A2 supaya aim high for PMR and regardless who will be teaching them next year, they have to concentrate on the lesson and not the teacher (coz aku tau ada beberapa cikgu yang dorang tak berapa nak favour).


Tak sangka-sangka plak aku dorang bleh sedih pulak dengan pesanan aku tadi. Aku pun bukan bleh tengok bila orang sedih.. so cecepat kemas barang nak blah & rasa time tu la rasa macam loceng sekolah mogok plak.. lambat pulak nak bunyi. Bunyi je loceng aku cecepat blah...


Tak sangka la plak ada budak menjerit sambil aku kluar tu "cikgu I Love You!" riuh satu kelas.. tapi aku terus jalan jer.. Aku tau siapa empunya voice tu.. Dalam hati aku pun sebenarnya nak cakap dengan dorang semua " I love you all and gonna miss u a lot" huhu ;(

Thursday, 21st Oct 2010, 2221

My Favourite Photo

My Emak is the LUCKIEST 'coz she married the BESTEST...


Djasri Indomo
4th February 1942 - 9th August 1998


Love you soo much Bapak!!

Saturday, 20th March 2010, 2015

I M Behind Everything



Help!!

There are seem to be toooooooo many works but toooo lil' time to complete 'em...
Banyak nyer kerja tertangguh tapi tak reti-reti nak mula..
Argh!!

Dengan politikus di office yang sangat hancing dan menyesakkan nafas.. I really need to vent my anger.. but how?

Try to jog my frustration out but what I get are sore feet and aching muscle but the ketidakpuasan hati masih menebal...

hmmmm...

.... Inhale.. exhale...


Need to plan for the next trip.. need to plan for the next trip.. need to plan for the next trip..













P/S: Really miss my mom.. ;(



Sunday, 28th February 2010, 2138




"Should auld acquaintance be forgot..."

Entered a shop in Kapit.. they were playing the Auld Lang Syne tune... Dam*!!

Owh.. Syahdu syahdan.... almost teary eyed..

Kanapa impaknya begitu??

Hmm.. bring back lotsa lotsa memories la this tune...

.. scout.
.. old boys..
....Uni
... college
...OBS

... and also make me think bout the future that is not that far either.

Sigh...

Tuesday, 23rd Februari 2010, 2216

Ada Perasaan Tak?

Korang kalau tak sebak baca artikel dari Harian Metro kat bawah ni bermakna korang memang takde perasaan.. sob! sob!


Buang ibu di Aidilfitri

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.

Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.

Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.

Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.



Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Menurut Norijah, beliau masih mengingati detik cukup menyentuh perasaan itu, apatah lagi kakitangan rumah jagaan berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri.

Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.

“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai.

“Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya.

Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.

“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan.

“Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.

“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.

Thanks My Government



Kerajaan, kerajaan... Terima kasihla sebab bagi cuti dekat kami hari Jumaat ni... Tapi kenapa lambat sangat umum? Kalau nak tukar flight SBW-KL sekarang harga dia dah RM735.00. Tu tak kira duit tiketr bot ekspress lagi untuk keluar dari Kapit ni lagi tu..


Cuti Khas Untuk Semua Sekolah dan Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Pada Hari Jumaat, 18 September 2009 Sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H



1. Kabinet yang bermesyuarat pada hari ini, 16 September 2009, telah bersetuju untuk memberi Cuti Khas kepada semua Sekolah dan Institusi Pendidikan di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari Jumaat, 18 September 2009, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang dijangka akan disambut pada hari Ahad 20 September atau hari Isnin 21 September 2009.

2. Keputusan ini diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.

3. Dengan keputusan Kabinet ini maka semua arahan Kementerian Pelajaran berkaitan Cuti Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H sebelum ini adalah terbatal.


YAB Menteri Pelajaran Malaysia
Putrajaya, 16 September 2009


Kan bagus kalau buat keputusan awal.. Nampaknya dari isu besar negara macam PPSMI sampaila isu cuti, masih tak tahu sebenarnya berdiri di mana... Apa-apapun, aku masih seronok mendidik anak bangsa, biarpun orang Ibanke, Kenyahke, Melanauke, Sekapanke, Kejamanke... Mereka tetap aku sayang.

Biarlah keluar arahan atau amaran pada guru Sains dan Matematik yang mengajar dalam Bahasa Malaysia, aku akan teruskan jugak... Kalaulah aku mengajar di bandar atau paling-paling koman pun pekan, pasti aku akan patuh, tapi aku mengajar di pedalaman.. Kerut-kerut muka pelajar dah cukup menunjukkan yang mereka mahu faham, mahu tahu tapi tak tahu-tahu juga.. Jadi biarlah aku mengajar tak sia-sia, walaupun 90% Bahasa Malaysia.. Markah Ujian dan Peperiksaan (dalam dwibahasa) yang menjadi ukuran kepuasan diri aku. Biarlah Karajaan kata mereka akan tercicir di Universiti nanti, daripada mereka dah hilang minat semenjak sekolah menengah lagi.. Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat.. yang dikendong... berterabur...

Sampai bila anak-anak kita nak dijadikan eksperimentasi? Yang dibandar memang dah stabil, tapi yang di solok-solok pedalaman ni, tolonglah buat sesuatu (setelah berfikir) untuk kesejahteraan mereka, sebab walau dalam hutan mana pun.. Masih hutan Malaysia, masih warganegara kita, masih perlu sokongan KITA.



Wednesday, 16th Sept 09 (26 Ramadhan) 2142





Angan-angan Waktu Kecik.

Masa aku kecik dulu, sampai je time TV tunjuk waktu berbuka & imsak, mesti aku berangan nak dok kat Sabah @ Sarawak..

Reason: Diorang berbuka awal sejam banding ngan tempat aku (kat Melaka waktu tu)

Skang dah pun besar panjang & angan-angan pun dah jadi kenyataan. Masuk tahun ni dah 4 tahun aku puasa kat Kapit, Sarawak ni (and pernah sambut 1 Syawal kat sini.. Jangan tak caya)

Best ke?

Hmm.. Ntah.. Rindu plak aku kat Semenanjung... ;(

Betolla agaknya orang cakap.

Better be careful of what you are wishing for, sometimes dreams do come true


Sigh!

Thursday, 27th August 2009 (6th Ramadhan), 1530

A Picture Worth A Thousand Thoughts

Tuesday, 25th August 2009 (4th Ramadhan), 0923



Sigh

No Title

Tuesday, 11th August 2009, 1138

Second day...

Down with flu, fever and already showing sign of sore throat.....

Body temperature: 38 degree C.

Sigh!

Betong... I Come, I See, I Learn!!!! (and lose.. hehe)

Thursday, 23rd July 09, 1724


The team from Kuching won.. fair and square.... time for sight seeing....






























That s enough... banyak sangat gambar.. nanti ada yang complain ni sebenarnya jalan-jalan ka.. bertanding?? hehe

Lagu Tema

Monday, 29th December, 1012

One more day to go......sigh.

Takder apa-apa entry menarik arini... kena p Rawang sat gi.. penat betol.. tapi kena wat last minute shopping dlok.  banyak benda tak dibeli lagi.  Kang dah sampai Kapit mulalah nyesal and gigit jari kaki, tapi bleh bawak ke? Nanti lebih 15kg kena bayar plak.. Cis....

My shopping list
  1. Monthly Planner
  2. Table Calender
  3. Kasot Sukan~Adidas kot? ada $$ ke?? hm..
  4. Stuffs for Drama 2009
  5. Buah tangan untuk Well tapi tak tau apa..

Lagu-lagu tema CSI, Smallville and Olympic Games 08:

Download sini: 




Olympic Games- What about now? dari Chris Daughtry

Menghitung Hari



Saturday, 27th December, 2112

27 haribulan Disember.......


Meaning? Birthday anak buah aku Irfan dan juga menandakan ada 3 hari je lagi sebelum aku fly ke Sarawak semula... Hmmmm.  Macam-macam perasaan ada skang, suka, sedih, mixed feeling lah kiranya.

Happy 10th Birthday!!
Suka.... 
....aku dapat jumpa anak angkat aku Well Celltone.. Dah Form 3 tapi tak dapat nak baca ayat pepanjang.. bukan sebab bodo atau lembab.. tapi,   budak ni dyslexia. Samre traits macam Irfan tapi Irfan dah didetect sejak awal & masuk special school. skang dia dah improve a lot. Kadang-kadang aku pikir.. kalau la Well ni berpeluang hidup dalam family yang lebih sempurna.. will his life be any different? 
Anak angkat aku a.k.a PA aku hahaha

Then kadang-kadang aku pikir gak, mungkin tu sebab aku ditakdirkan terbang ke pelusuk Kapit ni. Although aku mungkin tak dapat nak touch atau beri kesan pada ramai orang, si Well sorang ni pun dah cukup buat aku gembira bila dapat contribute/share/ be a part of something good in his life. Ni jugak salah satu sebab aku berkira-kira untuk mintak pindah atau tunggu lagi setaun dua... hmm...

....aku dapat duduk rumah aku sendiri yang aku sewa sensorang kat Kapit sana. Aku memang jenis yang lone ranger sket. Zaman study dulu pun aku dok sensorang je. Takle kunsi-kunsi, coz aku ni "loud" sket.  Aku akan cakap jer apa aku tak puas hati.. Oi kasut ko sepahla, tak reti-reti nak top up Milo ke?.. Baju ni nak tunggu mak ko datang basuhkan ke?.. Ko nak wat koleksi ke sel-sel kulit mati ko ni? ko bela ayam ke ape kat bilik? hahaha

.....aku ada keta nak pi sana sini.. terutama pi swimming 'fool' atau running track yang jarak sekangkang kera je sebenarnya tapi aku ni poyo sket bab-bab  berjalan pulang.. penat.

.....aku takder curfew ;) walaupun kat sini pun aku takdela kena marah ngan sesapa coz balik lewat tapi disebabkan aku dok menumpang kat rumah siblings aku, seganla jugak nak bukak pintu jejauh malam, ganggu orang and a bad example pada anak-anak buah aku. (baik aku ni rupanya)



Sedih
.... of course la sedey, 
...............aku kena tinggalkan mak aku, anak anak buah aku dan orang tersayang. Sedih tinggalkan shopping complex yang belambak pun ada gak
.......sebab aku tau I might not get what I truly deserved this coming year.. sigh! 

Hm.. tak banyak rupanyer benda yang aku sedeykan.. atau adakah aku hanya cuba menenangkan diri sendiri.... aku saja yang tahu....

Malasla nak pikir.. baik layan lagu original dari kampung halaman ku ini.. layan..

Download di sini: Ayam Den Lapeh

Ayam Den Lapeh 

Luruihlah jalan payakumbuah
Babelok jalan kayu jati
Dima ati indak karusuah
Ayam den lapeh ai ai
Ayam den lapeh

Mendaki jalan padangsikek
Basimpang jalan ka biaro
Di ma ati indak kamaupek
Awak takicuah ai ai
Ayam den lapeh

Sikucapang sikucapeh
Saikua tabang saikua lapeh
Tabanglah juo nan karimbo
Oilah malang juo

Pagaruyuang batusangka
Tampek bajalan urang baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo ai ai
Ayam den lapeh