Oh Yes.. Yes....Oh...


Tuesday, 12 MAY 2009, 2133



Ceh... porno sungguh bunyi posting malam ni.. hahaha...

Ada shopping centre baru bukak la... Home Mart... Best.. 
Sebab apa best??

Sebab.. posting sebelumnya aku dah gitau.. aku memang hantu window shopping...

bukan..
bukan setakat hantu...

dah taraf pontianak kot...
Warning!!! Kisah muda-mudi ahead!!

Masa kat UTM dulu orang sibuk study untuk exam memalam.. aku pi JUSCO, window shopping.. it really calms me down.. pelik tol... 

aku memang ada masalah mental sket..

tapi leh disetelkan dengan retail therapy... yup i am a METROSEXUAL man.. so sue me...

balik dari Jusco mesti bleh study... kalau takle jugak.. there is always oranges or prunes to make me sick (and that is another story altogether heheheh)


So kiranya Home Mart ni sebagai consolation atas kekurangan yang ada (or takde) kat Kapit nih.. Tapi jarak dia 4km dari rumah aku la pulak.. kalau tiap malam pi sana... alamatnya.. leh la Petronas bukak satu lagi cawangan dengan duit aku beli minyak dorang hahahaha....

Takpe-takpe....

Bila nak ada McD or KFC pulak huh??

Takkan takder anak toke balak nak buka franchise kot??

I am praying a lil harder this time...





Aku rasa anak angkut aku nih pun ada kena tempias perangai aku la pulak ;)

Naifnyer aku

Tuesday, 12 May 2009, 2059

Pegi Opis pagi tadi... Tup-tup Madam Kong panggil... suh amik sijil.. 
Sijil??
Oooo sijil APC aritu..
Aku tak amik lagi rupanya.. orang lain naik atas pentas.. aku kat mana masa tuh ek?? 











Kat sini...





Unfortunately, Hari Q a.k.a Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tu sama dengan perlawanan final handball team Under-18 aku...

What to do.. what to do?

Aku amik keputusan untuk berada dengan diorang nih.. (much to the annoyance of Madam R & Kak S)

Main handball nih lain sket, coach mesti ada kat tepi untuk atur strategi. Lagipun ada time-out 1 minute yang coach leh mintak... & lagipun dorang yang request aku ader kat sana...
Sylvester kata... "cikgu tak pegi sana pun dapat sijil tu jugak.. anytime bleh pegi salam dengan Cikgu Jamit.. Kami dah form 5 nih... last ni" (tak la macam tu dia cakap coz dia pakai bahasa Iban.. ahahaha" 

Tapi makes point la kan.. lagipun. Aku dapat APC coz perkhidmatan aku dengan budak-budak ni... I really love them all... ;)

"Duit you mungkin bulan Julai baru dapat" Madam Kong sambung...

Duit???

Duit??

"You dapat RM1000 nanti la.. bukan sijil aja" dia tambah kat muka blur aku..

DUIT!!! Bestnyer.. Kalau aku tahu.. tahun pertama lagi aku dah wat keja sungguh-sungguh hahahahaha

Selamat Hariijadi Mak...

Sunday, 10 May 2009 0945

Harini sangat spesial bagi aku.. Hari ni harijadi mak aku yang kebetulan jatuh pada Hari Ibu.

Sayang Mak sangat-sangat.....
Semoga panjang umur, murah rezeki...
Harap diampunkan segala 
kesalahan dan kekasaran eff selama ini.
Terimakasih untuk segalanya....
Ampun ye mak......





Kapit, Through My Wandering Eyes

Saturday, 18th April, 1117

Hm.. another Saturday morning.

Aku sensorang jer pagi nih, Well ada pemilihan untuk pertandingan robotik. Awal-awal lagi dah keluar.

Kat office aku nih dah ada wi-fi so sekarang senanglah nak update blog nih coz aku leh masok office bebila masa, kat luar building pun bleh dapat gak.

Nak tulis apa ek?

1st of all, my deepest thoughtful thanks goes to Encik Buwau yang reply tentang masalah HALAL certification kat Famous Bakery tu. Good to know someone is also having the same thought as mine. Masalah yang ada kat sana sekarang bukan setakat pengiktirafan halal je, but... they are selling 'that kind of bun' (if you know what I mean) secara terbuka, thus causing all the muslim customers  to stay away from that bakery. (and how on earth are they going to get the cert if they are still selling it?) Whereas UNG TONG Bakery, walaupun tak dapat sijil halal (kot?) still the safest choice. So I think it is unlikely for Famous to get the halal certificate kalau pegawai dari JAIS comes to evaluate... kan?

Hmm.. baru je ingat boleh beli birthday cake kat sana.. (yes, I bought mine myself last year.. isk! isk!).

2ndly, pasal wi-fi nih... Best betol sekarang, kerja aku bertambah cepat and maklumat betul-betul kat ujung jari jerk. I can prepare a slide presentation with up-to-date info and relevant picture in just a nick of time. Dulu kalau ada assignment to be completed, aku kena 'curik'  line wifi kat depan Andy Emporium. (yup. Andy pun ada wifi) Kapit nih betul-betul banyak improve.  
Waktu aku datang dulu... Line tipon hanya ada Celcom jerk, skang semua ada termasuk 'ku bersamamu'. Wharf Kapit pun nampak cam best walaupun still under construction (akan dibuka Oktober 2009).  Sometimes I think Kapit is better compared to some big city in peninsular.. in terms of technology, quality of living, Air Pollution Index (API).. huhu.. Kapit adalah Bandar Ke-2 terbaik di Malaysia tahun 2007 dari segi API nih (API ke-2 terendah), tempat pertama tak ingat tapi Bandar kat Sarawak gak. Memang segar udara Kapit nih.. no doubt about that. Tengah tunggu bila la ada jalan darat Kapit-Song-Sibu agaknya. Is that too much to hope for?

Kembali kepada persoalan yang sentiasa berputar kat kepala otak aku... 


Mestikah aku apply untuk transfer???

Sigh!!!!

Sekali Air Bah....

Wednesday, 15 April, 0948

Banyak benda nak diceritakan kat sini.. Maklomla.. lebih kurang empat bulan aku tak ziarah blog aku nih, habis dah bersawang.

Hmm.. so apa yang dah berubah? 

Yang pentingnya, apa yang aku rasa berlaku dalam 4 bulan ni ialah:

  • kedai FAMOUS BAKERY yang aku agung agungkan dalam posting sebelum nih dah tak HALAL lagi... (so.. kena balik semula ke kedai UNG TONG bersama makcik yang cam singa tuh)
  • aku tak jadi jurulatih untuk Kejohanan Olahraga Bahagian Kapit  (dan kontigen Kapit turun ke tangga 9 dari 11 bahagian di Sarawak nih.)  (Pengumuman: masa aku Ketua Jurulatih tahun 2008 dulu, kontigen Kapit bertenggek kat tangga 6.. hehehe ada unsur riak di sini.) 
  • Misi dan resolusi aku yang nombor ENAM tuh.... berjaya aku dapat tanpa disangka-sangka. (and it is a different story altogether)

I am Back...

Tuesday, 4th  April, 1825

Dah lama tak menulis kat sini.. Really miss this blog.. 
Will be updating soon..
InsyaAllah

Lagu Tema

Monday, 29th December, 1012

One more day to go......sigh.

Takder apa-apa entry menarik arini... kena p Rawang sat gi.. penat betol.. tapi kena wat last minute shopping dlok.  banyak benda tak dibeli lagi.  Kang dah sampai Kapit mulalah nyesal and gigit jari kaki, tapi bleh bawak ke? Nanti lebih 15kg kena bayar plak.. Cis....

My shopping list
  1. Monthly Planner
  2. Table Calender
  3. Kasot Sukan~Adidas kot? ada $$ ke?? hm..
  4. Stuffs for Drama 2009
  5. Buah tangan untuk Well tapi tak tau apa..

Lagu-lagu tema CSI, Smallville and Olympic Games 08:

Download sini: 




Olympic Games- What about now? dari Chris Daughtry

Selamat Menyambut Awal Muharram 1430

Monday, 29th December, 0153

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah....

Misi tahun baru aku:
  1. less talk more work.
  2. exercise more.
  3. lose weight (ni macam every year punya resolution jer).
  4. treat others the way I like.... eh salah treat others the way I like to be treated.
  5. Earn more extra income.
  6. Dapat APC. "hahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha", kata boss aku.
  7. Tingkatkan pertuturan bahasa Iban aku dari 80% kepada 98% (dengan bantuan Well)
  8. Learn to say no and mean it.
  9. Pay credit card balance on time.
  10. Kurangkan merapu.
but not in that partricular order.

Sesambil tuh, layan lagu hits Iban pun manah juak..

Download disini : Seribu satu (1001)

Takder lirik coz aku tak berapa tahu sangat tentang kosa kata Iban nih, kang salah wat malu jerk...tapi lagu dia memang best... 

Menghitung Hari



Saturday, 27th December, 2112

27 haribulan Disember.......


Meaning? Birthday anak buah aku Irfan dan juga menandakan ada 3 hari je lagi sebelum aku fly ke Sarawak semula... Hmmmm.  Macam-macam perasaan ada skang, suka, sedih, mixed feeling lah kiranya.

Happy 10th Birthday!!
Suka.... 
....aku dapat jumpa anak angkat aku Well Celltone.. Dah Form 3 tapi tak dapat nak baca ayat pepanjang.. bukan sebab bodo atau lembab.. tapi,   budak ni dyslexia. Samre traits macam Irfan tapi Irfan dah didetect sejak awal & masuk special school. skang dia dah improve a lot. Kadang-kadang aku pikir.. kalau la Well ni berpeluang hidup dalam family yang lebih sempurna.. will his life be any different? 
Anak angkat aku a.k.a PA aku hahaha

Then kadang-kadang aku pikir gak, mungkin tu sebab aku ditakdirkan terbang ke pelusuk Kapit ni. Although aku mungkin tak dapat nak touch atau beri kesan pada ramai orang, si Well sorang ni pun dah cukup buat aku gembira bila dapat contribute/share/ be a part of something good in his life. Ni jugak salah satu sebab aku berkira-kira untuk mintak pindah atau tunggu lagi setaun dua... hmm...

....aku dapat duduk rumah aku sendiri yang aku sewa sensorang kat Kapit sana. Aku memang jenis yang lone ranger sket. Zaman study dulu pun aku dok sensorang je. Takle kunsi-kunsi, coz aku ni "loud" sket.  Aku akan cakap jer apa aku tak puas hati.. Oi kasut ko sepahla, tak reti-reti nak top up Milo ke?.. Baju ni nak tunggu mak ko datang basuhkan ke?.. Ko nak wat koleksi ke sel-sel kulit mati ko ni? ko bela ayam ke ape kat bilik? hahaha

.....aku ada keta nak pi sana sini.. terutama pi swimming 'fool' atau running track yang jarak sekangkang kera je sebenarnya tapi aku ni poyo sket bab-bab  berjalan pulang.. penat.

.....aku takder curfew ;) walaupun kat sini pun aku takdela kena marah ngan sesapa coz balik lewat tapi disebabkan aku dok menumpang kat rumah siblings aku, seganla jugak nak bukak pintu jejauh malam, ganggu orang and a bad example pada anak-anak buah aku. (baik aku ni rupanya)



Sedih
.... of course la sedey, 
...............aku kena tinggalkan mak aku, anak anak buah aku dan orang tersayang. Sedih tinggalkan shopping complex yang belambak pun ada gak
.......sebab aku tau I might not get what I truly deserved this coming year.. sigh! 

Hm.. tak banyak rupanyer benda yang aku sedeykan.. atau adakah aku hanya cuba menenangkan diri sendiri.... aku saja yang tahu....

Malasla nak pikir.. baik layan lagu original dari kampung halaman ku ini.. layan..

Download di sini: Ayam Den Lapeh

Ayam Den Lapeh 

Luruihlah jalan payakumbuah
Babelok jalan kayu jati
Dima ati indak karusuah
Ayam den lapeh ai ai
Ayam den lapeh

Mendaki jalan padangsikek
Basimpang jalan ka biaro
Di ma ati indak kamaupek
Awak takicuah ai ai
Ayam den lapeh

Sikucapang sikucapeh
Saikua tabang saikua lapeh
Tabanglah juo nan karimbo
Oilah malang juo

Pagaruyuang batusangka
Tampek bajalan urang baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo ai ai
Ayam den lapeh

Damba CintaMu

Friday, 26th December, 2211

Lagi satu lagu nasyid yang best untuk didengar. Aku saje nak share. Best lagu ni, Accapella. Ada bait-bait yang betul-betul sentuh hati batu aku ni.. Renungkan dan kongsi-kongsikan


Download di sini: Damba CintaMu




Raihan - Damba cintamu


Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Seperti rasul dan sahabat

Guna Blogger dot com Untuk Hina Islam??

Thursday, 25th December, 2358

Terkejut dan malu aku tengok berita pasal laman blog yang menghina Islam hasil tulisan blogger dari Malaysia.  Walaupun berita tu tak menunjukkan address blog dia, aku dapat pin-point blog itu menggunakan profile yang tak dikaburkan waktu berita tu.  Blog A##### #m## ni di tulis dalam masa 2 hari dengan 38 artikel yang menghina Islam.  Sebagai seorang Islam, aku amat-amat rasa tertanggu dengan semua artikel dan gambar-gambar yang dipamerkan.  Aku rasa ada baiknya sebagai bloggers umumnya dan insan khususnya tak kira agama, kita sama-sama faham dan menghormati antara satu sama lain. 

Dan bagi bloggers yang beragama Islam, tak perlulah mencari blog-blog seperti itu, tetapi jika korang seperti aku, masih ingin mencari (I really regret it) kalau pun terjumpa, "flag" sahaja supaya bila ramai yang flag, blog itu akan diturunkan, tetapi aku nasihatkan tak perlu komen. This kind of bloggers crave that kind of attention and you are feeding 'it' to them by giving comments....


Lebih baik aku kongsi lagu Tombo Ati (Ubat Hati) ni. Moga-moga kita semua mendapat perlindungan dariNya.

Download dan renungkan...

Download di sini: Tombo Ati
(lagu selepas minit ke 1:52)




Tombo Ati (Ubat Hati)

Artist: Opick
Song Category: Nasyid
Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi

Operation: 1 year later

Wednesday, 24th December, 1148

Semalam ialah ulangtahun operation aku yang pertama.
Maksudnya hari ini genap setahun operation aku.
Syukur pada Allah s.w.t. kerana aku masih diberi peluang untuk hidup dan terus menikmati keindahan di muka bumi ini.
Alhamdulillah..

Sidang Akhbar Rita-Aidil

Tuesday, 23 December, 2200

LAPORAN AKHBAR MENGENAI KISAH CINTA RITA-AIDIL

  •  5 Oktober 2006

    RITA menjadi perhatian ramai apabila disebut-sebut akrab dengan Aidil. Keakraban mereka bukan rahsia lagi berikutan ramai pihak, termasuk peminat, pernah terserempak mereka keluar bersama.

    Rita juga dikatakan beberapa kali dilihat ada di tepi padang bola sepak menyaksikan Aidil beraksi. Ketika dihubungi, Rita tidak menafikan gosip itu dan berkata, dia senang berkawan dengan pemain bola sepak muda itu.

  •  6 Oktober 2006

    BAPA Aidil menafikan dakwaan anaknya bercinta dengan Rita. Abdul Radzak Salleh, 57, berkata keluarganya kurang berpuas hati dengan gosip itu yang disifatkannya tidak benar.

  •  6 Oktober 2006Z

    AIDIL mengakui mengenali Rita menerusi saudara kembarnya, Mohd Aidil Zaquan Adha. Sewaktu dihubungi bagi mendapatkan penjelasan sejauh mana perkenalan antara dia dan Rita, Aidil berkata, pertemuan berlaku secara tidak sengaja sewaktu keluar dengan pemain bola sepak yang lain.

  •  14 Januari 2007 

    EPISOD percintaan Rita dan Aidil yang sebelum ini hebat digembar-gemburkan sedang hangat dikatakan berakhir. Difahamkan, cinta Aidil kini beralih arah kepada artis remaja yang menempa nama dalam dunia nyanyian, Zehra Zambri.

  •  15 Julai 2007

    LEBIH kurang 35,000 peminat bola sepak negara berkumpul di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 8 Julai lalu, untuk menyaksikan perlawanan di antara Malaysia dan China bagi peringkat kumpulan C Piala Asia 2007. Malaysia kalah teruk 1-5.

    Namun, bukan cerita bola sepak yang menarik perhatian, tetapi dalam kebanjiran penonton itu, terselit seorang artis cantik. Siapa lagi kalau bukan Rita yang difahamkan setia memberi sokongan kepada buah hatinya, Aidil.

  •  16 September 2007

    AKHIRNYA hubungan Rita dan Aidil bukan lagi rahsia apabila gambar mesra mereka berpelukan di Genting Highlands tersebar secara meluas di Internet. Yang pasti, kedua-duanya tidak ada istilah main-main, hubungan mereka serius.

  •  15 Jun 2008

    CINTA Rita dan Aidil masih bertahan sekalipun ada khabar angin mengatakan hubungan mereka retak.

  •  18 Disember 2008

    “KAMI tak buang dia tapi terkilan dengan tindakannya membelakangkan kami mengenai perkahwinan dengan Rita Rudaini,” kata ibu Aidil, Azizah Arshad, 56 yang kesal dengan perbuatan pasangan selebriti itu mengenepikan keluarga untuk mendirikan rumah tangga.

    Katanya, Aidil tidak pernah berbincang atau mendapatkan pandangan keluarga sebelum bernikah dengan Rita di Selatan Thailand.

    Aidil dan Rita dikatakan bernikah pada 25 Februari lalu sebelum dihidu kakak sulung Aidil, Ruziana, 37. Bapa Aidil, Abd Radzak Salleh, 59, berkata keluarganya mengetahui perkara itu melalui Ruziana selepas dia dimaklumkan sendiri oleh Mohd Aidil.

  •  19 Disember 2008

    “SAYA rayu pihak media memberi ruang kepada saya mahupun isteri menyelesaikan beberapa perkara sebelum kami tampil memberikan sidang akhbar,” kata Aidil mengenai pernikahannya dengan Rita.

    Aidil turut meminta semua pihak menghormati pendiriannya dengan tidak mengganggu atau cuba mendapatkan kenyataan daripada ahli keluarganya mahupun keluarga Rita.

    Rita pula enggan tampil membuat kenyataan berhubung perkahwinannya dengan Aidil dengan alasan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

    Sumber terdekat dengan pelakon ini berkata, Rita yang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri mengaku bernikah hampir 10 bulan. Buat sementara dia memilih untuk mendiamkan diri.

  •  24 Disember 2008

    “SEMUANYA sudah selesai, tolong jangan perbesarkannya lagi,” kata Aidil mengenai isu pernikahannya dengan Rita di Selatan Thailand, hampir 10 bulan lalu.

    Aidil menjelaskan tiada lagi masalah antara pihaknya dengan keluarga di Seremban. Dia mengakui sudah pulang ke pangkuan ibu dan bapanya bagi menjelaskan keadaan sebenar.

  • Kredit teks kepada:
    RUDY IMRAN SHAMSUDIN @ harian metro
    imran@hmetro.com.my

    X-Men Origins: Wolverine

    Monday, December 22nd, 0113


    Masa aku sedang merayau dalam webspace ni, tiba-tiba aku rasa teruja dan ghairah semacam. sapa ni?







    Korang kenal tak? What about the boy in the pic below?






    Aku memang teruja giler.  Tapi bukan sebab budak tu, tapi sebab ini.




    Kalo korang peka, korang bleh nampak apa yang aku nampak apa yang keluar kat knuckles budak tuh. Yup, you got it right, claws!! Signature kepada......

    mamat nih... maksudnya ada cerita X-men baru lah hehehe.. tapi bukan X-men
    lebih kepada si Logan ni

    X-Men Origins: Wolverine

    Nice..

    The Day The Earth Stood Still (Literally!!)



    Sunday, December 21st, 2335

    Harini aku dapat tengok wayang kat Gold Glass GSC Mid Valley courtesy kepada kawan kepada girlfriend aku (thanks Kak Nurul).

    Lounge versi gold class

    Memang best la (takkan tak best dah tiket dia pun RM20 sebijik). Tapi citer yang di wayangkan tak best langsung. Patotla tajuk dia The Day The Earth Stood Still.  Memang aku rasa 2 jam aku dok menangok macam takder apa-apa pergerakan yang berlaku. Langsung takder isi dan takder apa-apa moral of the story, tapi kalo favourite past time ialah menengok cat mengering didinding (pergh.. ayat tak bley tahan).. korang layan la citer ni. Citer ni sebenarnya bleh abis dalam masa sploh minit jerk kalau aku diberi peluang menggarap semula.
    1. Makhluk asing datang untuk misi selamatkan bumi (dengan cara membunuh manusia yang pollute bumi). - 3 minit
    2. Makhluk asing kagum dengan emosi kasih sayang yang ditonjolkan manusia. - 6 minit
    3. Makhluk asing balik rumah dan tak jadi musnahkan bumi (bagi can la konon) - 1 minit
    Pergh!! Plot citer.. macam Sathianathan (aku sudah mencipta ekspresi baru).

    Tapi selain dari tu, aku dapat la jadi orang pertama yang main game gantung X'mas ornaments X'mas tree kat foyer wayang GSC tu untuk dapatkan tiket percuma ke prebiu citer Four Christmases.  

    2 pas masuk yang aku menang

    Sebenarnya tak menang coz exceed designated time limit, tapi disebabkan ke"hansap"an aku (iaitu muke seposen) amoi yang kiut tu bagi gak pass tu kat aku. tapi... Alamak! 30hb la, malam plak tu, mana sempat.. dah nak terbang dah pagi esoknya.. Hmm.. ade sapa nak?