What a *$%@+! day!!!

Saturday, October 11, 2141

What a *$%@+! day!!! It started just fine but ended in a very very sad mood. Lost my swimming goggles, my brand NEW swimming goggles, never been worn. I repeat….. NEVER. And I am really upset about it.

The Swimming 'Fool'

I bought it recently during hari raya holiday. Really love it & purposely brought it here to Kapit as part of my workout plan. What a better way to start a brand new health resolution than doing a few laps around the pool with a brand new goggles. I even got time to take a snapshot of it, but never got the chance to wear it, sad.

May you rest in peace

What really happened was, before I took the first plunge into the pool, I put the goggles beside the spillage drain of the pool (obviously, I didn’t see that the drain cover was missing..duh!).

Right after the plunge, the water ripple pushes the goggles away from the pool right into the opening of the spillage drain; you can see the ‘hole’ in the picture below. (Yes! Sure! Now everyone can see) and because of the fast moving current (and me panicking), I didn’t have enough time to rescue the goggles before it swept away right down the slabs into the unknown.

The hole is so obvious to me now

One might asked, why didn’t I wear the goggles before taking the plunge? Err, I don’t want it to get wet?? (read: lame). I don’t know.. stop asking.. show some emotion here…

Moral of the story? Hmm.. I don’t know, but since I always misplaced a lot of my valuables gadgets, maybe the Higher Being is telling me that I should take extra care of my belongings. But one thing that I am sure of, this particular incident will definitely make my new health resolution/goal much more difficult to achieve. (I am hoping to be 4-5 kg lighter by the end of October) How on earth am I going to do 10 laps without the aid of a pair of spanking new goggles? Maybe I should buy a bike instead. At least it is harder to lose and won’t be swept away by strong current.

A Weekend With Me.


Saturday, October 11 , 1000

Kapit post-rain

Today is Saturday. Dragged myself outta bed to send Kakju to the Belaga Wharf. She has been appointed as one of the invigilators for PMR there. Bangun yang terlalu pagi menyebabkan banyak benda yang dapat aku buat weekend ni. Starting with spring-cleaning the house first..hehe

Usually, I will slept through the morning, so there is no breakfast for me, but because today is extra special, aku pegi Gelanggang Kenyalang ( known as GK with the locals) to have my Roti Goreng Kapit (dekat kapit je ada ni) with the tarik kurang manis $$Kcingggg!!$$ RM10 (makan 2 orang ngan Well sekali)

Roti Canai Goreng

Pastu ronda pasar Kapit jap, singgah kedai Mesra Petronas, tak beli apa pun, window shopping. Then jalan kat bakery yang baru buka last few weeks. Hehehe, suka sangat aku, bukan suka makan cakes pun, tapi…

Famous Bakery

Dulu ada satu je kedai kek & roti kat sini.. Kedai Roti Ung tong nama dia, dia punya buns memang boleh tahan sedapla, boleh kata setanding dengan roti kat PapaRoti yang bersepah kat Semenanjung tuh.


Yang syoknya: Makan sedap, harga murah

Yang kurengnya: Q panjang, ramai tak civic minded, main redah jer bak kata Stacy, roti cepat abis dan yang paling KURENGNYER….

Pergh layanan…. Macam la kitorang ni mintak sedekah, seriously speaking, nasibla aku selalu beli waktu office hour lunch break hehehe. Kira boleh consider sebagai smartly dressed jugakla.. so layanan pun tak teruk sangat. Aku pernah nampak ada sorang Ayak (pakcik) ni beli roti, dia main tengking-tengking jer, ade sorang pompuan tua ni mintak supaya buns dia letak dalam dua plastik… punyela besaq bijik mata towkay (perempuan) kedai tu, habis di hamunnya .. sian aku tengok. Please do some thinking, you are doing business, and the heart of your business is your customer, tak kisahla siapapun, duit dia laku jugak. Kan? Kan?

So semenjak dari tu, aku asyik cakap (dalam hati aje la), kalau ada kedai roti lain bukak kat Kapit ni baru padan muka kau!! Haha! (Hmm.. Kalaula wishes aku yang lain-lain termakbul…. Hehehe). Tapi one thing yang kureng sket, harga buns kat kedai ni mahal sket berbanding kedai Nyonya Psycho tu.. maybe kadar sewa kedai dia mahal kot, tambah dengan lampu-lampu lagi.. (hehe… excuses.. excuses… pi beli kat kedai lama je lah)

Hehe, dah off track dah ni, balik rumah, tengok tv….

Pembelaan Kaum Penan

Thursday, October 9, 2053

(inhale…. exhale….)

Hmm.. Feeling much better today after the emotional outburst yesterday

Woke up late today, so glad that the thumbprint machine is still malfunction or else, red mark for me. Arrived at the office at 0815. Grab the morning newspaper and scan the news.

Hmm.. pasal isu Gadis Penan lagi..

“Akhbar berbahasa Inggeris di minta jangan spekulasikan isu”

I manage to get my last copy of The Star on Monday (6th Oct), bought it in Sibu before boarding the express boat. (it is really hard to get a copy of The Star here in Kapit. Rather than getting tomorrows news today… we get yesterdays news.. the next two or three days hehe) It covered exclusively about Gadis Penan, that are reported being manipulated and used by the loggers working there. While the issue is still hot, the local based newspapers i.e. Utusan Borneo and Borneo Post are playing different tune, try to maintain its government stand that it was just a speculation or mere agenda to topple the local government.

Untuk yang masih tertanya-tanya tentang isu yang diperkatakan, aku sediakan link The Star ni untuk makluman korang. For the local based newspaper, I can’t find any site for you to follow.

Tapi basically bagi aku, ini merupakan satu kes besar yang tak boleh dipandang remeh, tapi bila aku baca laporan dari akhbar-akhbar ni, aku rasa memang ada suatu yang tak kena. Sebelum cuti raya haritu aku dah terbaca mengenai laporan ini yang dapat ruang hanya sebesar iklan 4D kat akhbar tempatan mengatakan this so called NGO i.e. Bruno Manser Fonds have no bussiness interfering with the life of the Penan people and to stop making false accusation.

IMHO, you can not just brush it off as just another rumour before at least looking into it. Aku rasa, kalau benar pun ianya hanyalah sekadar rumour, the government or relevant authorities should look into this matter. Pengalaman aku walaupun beberapa tahun di Kapit ni mengajar aku bahawa macam-macam boleh berlaku, including the unthinkable.

Yang satu pihak hanya menafikan, mengelak, menggelarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat kenyataan ini sebagai mencari publisiti murahan, where as satu pihak lagi pergi ke kawasan penempatan Penan ni sendiri bagi mencari bukti & menemuramah orang-orang yang terlibat. Sejauh mana kebenaran cerita yang dilaporkan, only god knows, but as a citizen of Malaysia and as another human being, aku rasa kita patut ada rasa ingin tahu, concern dan ambil berat terhadap penindasan-penindasan yang berlaku (if it really happens).

Aku paling benci bila baca quote/s daripada mana-mana political people yang aku rasa tak berapa profesional (atau intelligent) yang seolah-olah menunjukkan yang orang di sekeliling mereka begitu bodoh (macam sesetengah dari mereka gak) dan aku rasa, semenjak berita ini mendapat liputan luas. Banyak pihak yang berasa panas mengeluarkan statement tanpa berfikir. Aku rasa tak perlulah aku tulis apa-apa quote kat sini.. hehehe.. (ini juga menunjukkan aku berfikir sebelum menulis hehehe.. consequences.. consequences)

Yang peliknya, Buletin Utama harini takder sentuh pun pasal kes ni. (atau aku terlepas tengok) Hopefully dengan campur tangan dan perhatian Menteri Pembangunan wanita , Keluarga dan Masyarakat (Dr. Ng Yen Yen) dan Suruhanjaya Hak Asai Manusia (Suhakam) benda ni dapat di gali sampai ke akar umbi.

I am who I am

Wednesday, 8th October, 2134


Aku ingat bila dah buat personal blog ni, aku boleh luahkan apa ajer yang aku rasa aku tak puas hati, but then ini dah masuk 4 kali aku delete benda yang aku nak tulis dekat sini. Maybe this is what people refer to as self-censorship. Nope. It is nothing vulgar, cuma melibatkan siapa aku sebenar. Aku tak tahu how others see me, but from my point of view, aku biasa jer, senang berkawan kalau kena gaya, & senang tinggal kawan kalau tak kena gaya. Tapi kalau di selidik dalam-dalam lagi, aku orang Indonesia rupanya and somehow, more often than not, this bother other people so much…..

Termasuk family orang yang aku sayang.

I never whine about it before, in fact I take it as a blessing. Seorang Mat Indon yang gigih berusaha without any “special crutches” yang selalu di berikan kepada bumiputra-bumiputra lain. Application aku masuk MRSM dulu dah pernah kena kick without any reason other than ‘tidak memenuhi kriteria bumiputra’. At one time, aku pernah kena teased masa masuk satu sekolah premier kat Perak dulu sampai la aku takle tumpu belajar and end up registering (again) in my old school, luckily all my teachers there accepted me with open hearts and arms (read: teachers’ pet). Nama aku gak pernah diasing letak dan ditempatkan jauh dari kawan-kawan sekuliah aku masa U dulu (yang ini takde hal, Cuma susunan bilik ikut taraf bumi/non bumi, so sebab aku non bumi, dapatla kat bilik non bumi yang secara kebetulan satu-satunya yang muslim). Tapi dugaan yang aku dapat ni biasa-biasa aje kalau nak di bandingkan dengan kakak-kakak & abang aku.

Kak Wiwi siap kena denda teruk kat sekolah masa darjah satu. ABC yang mudah jadi teramat sukar untuk dia. Reason? Cara belajar & sebutan ABC kat sini beza ngan Indonesia. A ialah Aaaah (bunyi dia) B ialah Beh C ialah Ceh. Jadi, bila budak-budak Malaysia ni baca ABC, akak aku pulak baca Aaah, Beh, Ceh.. much to the annoyance of her teachers.. hahahaha. (Ni mak aku yang citer, aku tak lahir lagi). Abang aku senang sikit ‘coz datang-datang jer terus masuk darjah Dua. He didn’t have to learn ABC ‘coz syllabus ABC dia dah terlepas, hanya untuk darjah Satu.. hahaha. Itulah dugaan pertama yang dorang tempuh semata-mata nak bersaing dengan orang lain.

Dah besar sikit dugaan yang dorang lalui bertambah-tambah, selain dari perkara biasa such as kena kutuk, panggil nama, ejekan etc yang dah lali dengan dorang (& aku)… Well.. sticks and stones my friends.. Perkara-perkara besar mulai timbul. Kak Nini aku yang aktif dalam bola jaring masa kat sekolah dulu, tak dapat main untuk pemilihan wakil Melaka ke peringkat kebangsaan. Reason? Kakak aku orang Indon, & waktu tu arwah ayah aku masih dalam proses bertungkus lumus dapatkan taraf kerakyatan Malaysia untuk kami semua. So disebabkan taraf penduduk tetap, akak aku hanya jadi penonton, aku tahu mesti dia sedih waktu tu. Tapi aku bangga (and aku harap dia pun bangga) sebab team lawan sanggup buat macam tu untuk elakkan akak aku dari terus main. Nampak sangat akak aku memang hebat.

Nak masuk Universiti pun satu hal jugak. Walaupun keluarga aku sedar yang kami ni bukan orang tempatan, tapi mak bapak aku masih pentingkan pelajaran. Punyalah susah naik turun kedutaan Indonesia waktu tu.. aku rasa berbelas-belas kali jugakla arwah bapak aku pergi-balik Melaka-KL untuk mohon kebenaran dan sokongan dari kedutaan Indonesia supaya akak aku dapat masuk ITM (sekarang UITM). Last-last berkat sabar, usaha dan bantuan dari insan-insan yang prihatin. Kakak aku diterima masuk U atas “tiket” Kedutaan, Kak Wiwi aku punyala gembira masatu, disusuli Kak Nini aku beberapa tahun kemudian dengan melalui proses yang sama.. Yang syoknya, tulah kali pertama aku merasa makan McDonald’s sebab akak aku dapat masuk ITM kat Melaka, bila kitorang pegi melawat, singgah kat Mc’Donald’s Fajar. Masih segar diingatan aku, beli burger daging, 1st toy yang aku dapat…. pull-back car yang ada kepala bentuk burger… hehehe. Sebab apa aku ingat? Seminggu aku tido ngan kereta tu dalam tangan.. bukan senang nak makan kat fastfood restaurant masa tu. Pathetic one might say? Biarlah..

Arwah bapak aku nak beli rumah pun boleh jadi isu gak… Sampai ada orang-orang dengki sanggup ‘jenguk’ sekitar rumah aku 4-5 kali untuk perhatikan bila kami akan di halau dari tanah sendiri. Syukur kat Malaysia ni ramai insan yang berhati mulia dari yang penuh hasad dengki. Yang ini malas aku nak kenang, too complicated.

Macam-macam rejection yang family aku lalui sepanjang kami hidup ‘menumpang’ kat bumi Malaysia ni. Semuanya lain ragam, semuanya menyebabkan family aku lebih kuat and cekal hadapi cabaran, The obstacles really brought our family together.

Tapi, dalam banyak-banyak tu, satu yang aku & adik beradik aku sama-sama alami………

Soal jodoh, kecuali Kak Nini,

yang lain semuanya bumpy road…

sometimes too bumpy to jot down here.

Yang aku nak luahkan dekat sini sebenarnya ialah, aku sedar aku siapa,

Bapak aku datang dengan tongkang ke Malaysia…………..

Mak & adik beradik aku menyusul dan menumpang kat tanah Malaysia…..

Arwah bapak aku dari kerja buat rumah, buat batu bunga, jual kuih, bukak gerai sampai menutup mata….

Dari satu kerja ke satu kerja, tanpa rasa penat…..

Dari duduk menumpang atas ehsan & kemuliaan hati orang….

Menyewa sampailah beli rumah sendiri….

Siblings aku dari belajar semula mengeja…

Bersaing dengan orang lain….

Tanpa tahu samada ada peluang untuk terus belajar atau tak…

Emak aku yang sentiasa ada di belakang kami semua.

Sampailah kami semua secara sah bertaraf warganegara Malaysia….

Semua atas usaha tak kenal lelah bapak aku….

Beserta orang-orang yang sentiasa hulurkan pertolongan….

Sekarang Alhamdulillah kami semua berjaya…

Atas hasil arwah bapak & mak aku.

Aku ada degree in Engineering,

Kak W degree in Bussiness,

Kak N dah abis wat Master dah pun,

Abang aku….

Walaupun dia kerja awal untuk memberi laluan kepada kakak-kakak aku untuk terus belajar….. akan hadir konvokesyen Ijazah pertama dia 17hb Nov 2008…

Setelah berusia 38 tahun, seorang isteri… dan 3 anak.. ;)

Dah tentu aku rasa bangga dengan setiap ahli keluarga aku..

I am damned proud…

Dan tidak sekali-kali……

Aku akan biarkan orang pandang rendah pada aku atau family aku,

Tak akan aku berdiam diri bila orang memperlekehkan….

Keturunan aku,

Pada penat lelah arwah bapak dan emak aku…

Yang menjadikan kami berdiri sama tinggi, kadangkala lebih tinggi dari orang lain..

Pengorbanan mereka tak akan aku sia-siakan..

Itu sumpah aku…

Aku tak perlukan orang lain untuk bagitahu siapa aku,

dengan siapa aku boleh berkawan,

dengan siapa aku boleh atau tidak boleh habiskan hidup ni…

Dan jangan sesekali fikir..

Aku tak layak untuk sesiapa…

Blog aku makin menarik

Hehehe... suka aku. Blog nih makin menampakkan kejelitaannya. Thanks to widget-widget yang free dan mengancam. Yang paling best tu global_tracker dari Geovisite yang aku pasang kat sebelah nun. Canggih betul. Walaupun for the time being ada 2 aje dots yang berkelip-kelip... hehehe.

Feedjit live traffic feed tuh pun best gak. Blehla aku trace dari site mana korang datang menjenguk ke blog aku nih. Sesuai betol untuk orang-orang kiasu macam aku hehe.

Always save the best for last.. hehehe, yang ter'mengancam' sekali ialah aku ada Solat Time... thanks to blogger Mr. Kong Rahman nih yang tunjukkan satu persatu cara nak letak widget nih.. tapi aku letak waktu Kapit je... hehe.. jangan marrah (read:gedix)




By the way, site yang di'rekemen'kan iaitu Islamic Finder pun best jugak kalo korang want to know anything and everything bout Islam (such as... how to solat etc)

Hmmm.. widgets yang lain-lain tu macam blog-blog yang lain jugak.. takder apa-apa menarik sangat, cuma kalo aku senang aku letakkan blog poll pulak la kot.. tapi setakat ni.. takder apa nak ditanya. Kalau aku buat sama macam Buletin Utama nanti, kena saman Hakcipta plak hehe.

& special 'kudos' gak aku nak ucapkan kepada site yang buat skin untuk blog aku nih... Memang cun..

Hmmm.... tapi yang menolaknyer (opposite of menarik I guess), date setiap post aku ni dah takle nak appear lagi sekarang lepas aku menggodek-godek blog ni... Harap-harap I can figure this one out.. soon..

P/S: aku wat iklan percuma jer nih hehe..

10 things that I would miss the most

Hmmm.. lusa nak balik Kapit dah. Berat hati sebenarnya nak tinggalkan Semenanjung Malaysia ni, tapi apa boleh buat, kerja tetap kerja. Isnin aku dah apply cuti so early in the morning baru naik belon ke Sibu, then from there, it would be another 3 gruelling hours boat ride to my beloved Kapit. Hopefully I can catch the 1230 express boat ke Kapit. Kalau tak... hehehehe... Selasa kena MC la pulak.

Bawah ni ialah senarai perkara@benda yang aku akan rindu sepanjang aku bertugas di Kapit nanti... here it goes.. in that particular order:


1.Orang-orang yang aku sayang
Dalam list ni sudah tentulah emak aku a.k.a orang yang paling aku sayang kat dunia nih, awek aku, all my siblings i.e. Kak Nini, Kak Wiwi and Bang Man yang walau macam mana gadoh sekalipun tetap takkan merubah the fact yang aku adik dorang yang 'giler'. Then anak-anak buah aku yang tujuh orang.... sumber kepada lengan aku yang kuat ni... dok pikul dorang jerk hari-hari.. sure gonna miss all of them a lot.

2.Motor kamcing aku i.e. MAK7481 (read: MAKTAB 1) a.k.a Joe
Yup.. aku pun terperasan alphard
plat motor aku ni bila member aku point it out kat aku lepas sorang lecture maktab PSAH tempat aku study ni beria-ia nak beli motor RGV aku nih. So.. lepas dia bagitau ku pun tak jual lah.. memang never intended nak jual pun. Banyak kenangan terindah dengan motor ni... pemberian arwah bapak aku bila aku dapat 8A PMR dulu. Dengan motor ni lah aku pi carik pinjaman PTPTN, motor ni lah yang teman aku bawak rajuk hati lari dari rumah (loooooooong story). Motor ni jugak yang dah bawak aku pi Johor, Kedah, Penang etc. Kalau ikot hati, nak ajer aku bawak Joe pergi Kapit, tapi kalau aku bawak sana, masa aku kat sini aku nak pakai apa plak?? For the time being, Joe dijaga oleh Pak Nur, maid akak aku nyer husband, dah pun dia tukar seat & servis enjin motor aku ni aritu, so tak risau sangat. motor ditangan yang selamat
P/s: Yup. Motor aku nama dia
Joe. End of discussion.....

3.Wireless internet access
Hmmm. What to say, kat sini aku guna Blue Cube, kat rumah abang aku plak aku guna wi-fi. So bleh online sampai mata bengkak macam belalang tempur. Kat Kapit? I guess aku kena duduk depan kaki lima kedai Andy untuk 'pinjam' line wi-fi dia lah lepas ni. Tapi tak bleh lama 'coz battery aku tahan 40minit jer. Gotta buy new laptop.. hmmm

4.Extremely huge shopping complexes
Ni pun walaupun nampak macam.. what is the word again...? hmmmm.... pathetic..? Yes.. tapi tidak bagi orang-orang yang memang ketagih window shopping cam aku..Alternatif??? Kedai Mesra Petronas yang dekat Kapit tu la untuk pengubat rindu... sad..


5.Central Market, Jalan Masjid India and Petaling St.

Tiga tempat yang aku harus pergi kalau balik KL... Cool gadgets, great bargain and looks convincingly authentic.
No need to say more... (oh ya.. cheap Adidas shoez)













6.Genting… hehehe

Genting Highland... Best sebab aku dah ada worldcard sekarang.. Emak aku pun suka naik cable car dia. Takpe.. dah pun book untuk 3D2N stay + Dreamz show + RM100 holiday card for this coming school holidays untuk mak aku & aku.. just for RM262... I love great bargain.

7.Public transportation.. walaupun tak se-efficient mana
LRT, Komuter, bas 80sen..... beats naik keta yang sudah pastinya jem, petrol dan toll any given day....

8.Kedai mamak & warung-warung makan yang bersepah
Yang ni jadi no. 8 'coz aku bleh la jugak masak sikit-sikit... setakat nasi tomato or rendang ayam tu...... skang pun bleh siap hahahaha.. (belagaknyer)

9.Wayang and bowling
Both aku suka, tapi bukan "kipas susah nak mati sangat". Tapi kalau lama sangat takde... Buhsan gak... Nasib Sibu ader wayang.... but... condition wayang dia macam zaman 80-an la kot... but then again.... Syukur

10. Barang-barang runcit yang easily available kat sini
Ni yang aku tension gak sikit, barang selalu takder, kalau ada pun mahal. Tak pun dah sedap-sedap serasi bersama pakai brand tu... tup-tup brand itu ilang... Lenyap dari semua kedai... bila dah comfortable dengan brand lain... yang tu plak ilang.... Hmmmmmm..... Siot jerk..

Hari Raya ke-3


Assalammualaikum... my first entry... hmm...
Apa-apahal pun intro dulu lah. Thanks sebab sudi berkunjung ke sini, actually blog ni takde sebarang 'niche' (specific contents) but lebih kepada apa yang terlintas dikepala untuk tulis.

Reasons kenapa aku start blog ni ada banyak. Yang pertama-tamanya aku tengah boring giler (hari raya ke-3 nih!!! tapi aku dok terpacak depan laptop aku nih). Mak & siblings aku yang lain semua dah pi Melaka a.k.a my home town tapi aku decided untuk dok rumah jerk 'coz semalam baru drive pegi-balik dari Taiping. Penat... & dah takder $$ untuk petrol & toll lagi dah hehe.

Reason ke-2 nye plak simple. Aku ada banyak unsolve issues & problema yang aku rasa bila dah diluahkan samada dalam bentuk penulisan atau tindak balas ganas (whichever is easier & won't cost any more problems) akan menjadikan aku cool down a lil' bit. Masalahnya aku takle nak tulis kat akunyer friendster @ face-pic @ facebook etc kerana...... confirm2lah target readernye kengkawan aku yang yang sometimes not that sympathetic atau mungkin benda yang aku nak tulis atau tak puas hati (as a Leo... banyak betol rage.... atau dalam bahasa Malaysia dia "hangin" dalam badan aku nih) ada kena mengena dengan dorang.. So maka terciptalah Blog aku nih.. Tara!!!


The third reason plak ialah aku nak share a lil' info on places or thing yang aku encounter sepanjang perjalanan kehidupan aku nih. At the moment Alhamdulillah (praise to Allah) aku dapat banyak pengalaman & pengembaraan yang agak menarik la jugak yang aku rasa perlukan Blog macam Star trek punya 'log record' tuh supaya bila aku tua nanti aku dapat reminiscence balik tanpa ada sesuatu yang tertinggal pun...

So... this is my first entry......................