Citer Rasuah.. Can Beat 'Em.. Join 'Em... NOT!

Update pasal rasuah merasuah tu.. aku dapat tau yang bukan rokok jer.. tapi ada yang bagi $$ sekali.. Hmph!

And yang tak disangka-sangka RAMAI yang terlibat rupanya.. macam mana aku tahu?

Setelah aku bengang tahap Gaban aritu, aku pun cuba untuk menjadi calm and collected..(macam boleh).. so ada beberapa cikgu nasihatkan aku aku untuk pi jumpa Kak Siti (clerk) dan minta dia tolong rizo. My reaction? (It was already Friday, next two days were holidays and the exam is on Monday!!)

Aku cakap kat 'kawan-kawan' aku ni, I don't want to ask anybody to do it, simply because aku dah ikut segala prosedur yang sepatutnya. Aku bagitahu kalau sampai waktu budak nak exam pun tak siap.. Biarlah. Kalau aku kena panggil dengan pengetua pun aku tak kisah sebab aku dah sedia skrip untuk menjawab.

Sooooo.. yang menariknya, ramai yang jadi macam cacing kepanasan. termasuk SMI my own head of department. Rupa-rupanya semua 2 x 5. Sungguh tak disangka-sangka.

Hmm.. last-last ramai orang tak puas hati ngan aku, termasuk SMI.
Tak peduli lah aku.. Be a grown up and admit you have made a mistake. Bukan dengan cara bengang dengan orang yang tahu apa yang ko dah buat.

Persoalan.. adakah kertas aku siap untuk exam semalam? YES.. simply because some of the cacing pergi mintak tolong (atas pihak aku konon) dengan Kak Siti untuk rizo kertas aku.. huhu..

Tak sabar aku nak pindah..

Aku Mengaku Cikgu Memang Ramai Bodoh

AMARAN!!
Posting kali ini takder tapisan, so kalau sakit jantung tak payah baca..

Pagi- pagi lagi dah hangin. Semalam pasal Q tak habis lagi sekarang ngan si MFH plak. Aku rasa sebab dorang ni la orang pandang rendah ngan profesion perguruan. Buat kerja lembab, pastu menyusahkan orang. Aku pun lembab jugak kadang-kadang tapi selalunya yang menyusahkan diri sendiri, kalau menyusahkan orang pun aku ada courtesy to apologise and admit my mistake.

Ni tidak.. menyusahkan orang siap perli-perli lagi. Dua-dua makhluk ni pasal markah ko-kurikulum. Kes ciput? Bukan kes ciput la, masa depan budak beb. Yang mana kata kes ciput tu cuba korang bayangkan.. peluang anak/adik/anak sedara korang masuk universiti dinafikan sebab markah Penilaian Ko-ku (yang diambil kira untuk masuk IPTA) kosong! Telur! Bukan sebab dia tak ikut ko-ku atau kaki bangku tapi sebab cikgu dia tak buat? So IPTA reject awal-awal sebab tak aktif. Masih anggap ciput lagi? Kalau ye korang pun sama sengal.

Yang Q ni salahkan cikgu tahun lepas kata fail ahli dah hilang. Mentang-mentangla cikgu tu dah pindah senang la cakap. Tapi kalau betul pun salah cikgu tu yang ko tu takkan setiap kali club meeting dalam tempoh setahun ni tak pernah amik attendance budak & namelist? Guna la namelist tu untuk bagi markah. 14 kali compulsory meeting woo!! Takkan sekali pun tak pernah buat? Bodoh!! Sesenang je ko kata bagi 0 saja. Mentang-metang ni Kapit ko ingat dorang takde chance masuk Uni ke? Ko lagi bodoh!!

Yang MFH ni lagi mangkuk.. Kes kelembapan bukan sekali dua. Tapi sebab tak interfere ngan workload aku buat apa aku sibuk. Lantak ko la makan gaji buta. Ko jawab la bila markah SPM RC keluar nanti.. Kenapa coursework semua dapt ciput. (mana tahu kalo ko baca blog ni.. Pengetua siap tanya "ramai yang mintak pindah tapi kenapa MFH ni tak mintak pindah pulak?" Kalau ko tak paham maksod soklan Pengetua ni ko memang tahap brain-dead) Pagi tadi baru nak bagi markah budak yang dah berkurun dulu due date dia. Tak nak kata sorry... takpe la.. aku bukan kesah.. Tapi bila aku cakap aku dah buat siap baru ko bagi.. kenapa ko tanya aku soklan bodoh?

"Kertas rizo ko dah siap?"

Ni la soklan bodoh dia.. Kenapa bodo? Sebab sekolah aku dah corrupt and aku dah bengang (and kalau aku bengang aku bagitahu orang tak duduk senyap-senyap).. Aku antar awal lagi kertas soalan untuk di rizo (cetak) tapi selalu je jadi lambat.. Reason?

Cikgu-cikgu ni RASUAH Nyandang anak Paran (budak opis) ni ngan rokok.. Antar pagi ni tak sampai setengah jam siap.. C!l@k@ betul! (ye aku memang marah!!) Dah la kerja lembab ada hati nak potong queue and nak bangga-bangga pasal kekurang ajaran ko tu.

Semalam pun aku perasan satu yang buat aku bengang. ARM baru je bagi kertas exam untuk di verified. Tup-tup tak sampai 20 minutes lepas verification, kertas dia dah siap di rizo.. Kebetulan aku yang verified.. kebetulan aku pi bilik Nyandang untuk usha kertas aku yang dah berlapuk (exaggerate) kebetulan aku ternampak kertas yang aku baru sahaja tolong sahkan itu dah pun siap di rizo. Aku pun tanya Nyandang, so macam cacing kepanasan dia dolak-dalih. Aku taula gaji Nyandang kecik, tapi kalau ye pun nak take advantage, pastikan yang hantar dulu siap dah.. jangan tunggu orang bagi "hadiah" baru nak buat. Aku kang kalo bengang terus report kat PPD baru ko kena buang kerja. Rasuah is a big crime la.

So soklan "kertas rizo dah siap?" tu memang nak mencari pasal ngan aku la... Bodo and kurang ajar tak bertempat.
Tak suka aku ngan perangai cikgu-cikgu sekarang. Malu aku nak bagitau aku kerja cikgu..
Baik ko semua masuk politik la daripada jadik cikgu pakai otak Lembu!! Ntah-ntah lembu pun korang tak kenal.

Lembu pun rasa terhina disamakan ngan korang berdua!!

Aku tau ada students yang follow blog ni. Just to inform you guys.. pandangan masyarakat memang betul.. RAMAI CIKGU YANG BODOH!!

Bodoh!!

Last Day... InsyaAllah

Hmm.. If everything goes according to plan, today will be the last day of me teaching in Kapit. Belum pindah lagi cuma sekarang ni Final Exam dah pun mula dan aku dah takde kelas untuk diajar lagi. Suddenly the reality sets in and hit me hard in the head. Macam-macam ada dalam kepala otak ni. Sangat-sangat berkecamuk.

Pasal rumah.....
Pasal sekolah baru...
Pasal nak post kereta...
Pasal nak kemas barang-barang...
Pasal budak-budak yang aku sangat suka kat sini....
Pasal kenangan aku selama 5 tahun...
Pasal achievement yang aku dah dapat capai..
Pasal experience.....
Pasal Well...
Hmm....

So tadi disebabkan ini mungkin akan jadi hari terakhir aku mengajar kat sekolah ni.. lepas abis chapter Heat tadi aku pesan kat 2A2 supaya aim high for PMR and regardless who will be teaching them next year, they have to concentrate on the lesson and not the teacher (coz aku tau ada beberapa cikgu yang dorang tak berapa nak favour).


Tak sangka-sangka plak aku dorang bleh sedih pulak dengan pesanan aku tadi. Aku pun bukan bleh tengok bila orang sedih.. so cecepat kemas barang nak blah & rasa time tu la rasa macam loceng sekolah mogok plak.. lambat pulak nak bunyi. Bunyi je loceng aku cecepat blah...


Tak sangka la plak ada budak menjerit sambil aku kluar tu "cikgu I Love You!" riuh satu kelas.. tapi aku terus jalan jer.. Aku tau siapa empunya voice tu.. Dalam hati aku pun sebenarnya nak cakap dengan dorang semua " I love you all and gonna miss u a lot" huhu ;(

Thursday, 21st Oct 2010, 2221

McDonalds Chicken Porridge Recipe


Hahaha... Gelak dulu.. Yay!! The blog (or the owner) is alive!!

You are here most probably because:

  1. you are searching for the McD's Chicken Porridge recipe
  2. I specifically directed you here to get the recipe (and promotes the blog at the same time)
Dah nak reput dah blog ni. Lama tak update, bukan sebab malas tapi sebab aku telah mengusahakan satu lagi blog yang lebih mendapat perhatian (yang bermaksud akan mendapat cheque dari NuffNang dengan lebih pantas).

The other blog domain? Hahaha (gelak lagi).. Sorry, the content is too explicit (which means clear and exact.. not the other meaning okay). Right now, I can give zillions reasons why I can't really tell you the domain. Let just say, it is full of &$(*!! (and that is what people love to read)

Ok, ok. Let's get back on track. Below is the recipe. And if by any chance you want an English Language version of the recipe.. do PM me.. LOL (macam ada mat salleh baca hahaha gelak-gelak). Seriously!! It will taste exactly like McD's provided you follow them concisely.. Enjoy.. and do leave a comment. Yay!!


*BAHAN-BAHAN

  • 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
  • 1 1/2 inci halia di ketuk
  • 1 kiub pati ayam (hancurkan)
  • 300gm isi ayam or 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air

* GARNISH *

  • lada merah
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • sedikit mninyak bijan

* AKSESORI TAMBAHAN *

  • ikan bilis n kacang digoreng
  • lada jeruk
  • telur masin


>Rebus ayam hingga empuk.

(air rebus ayam ni campur garam sedikit + sedikit daripada kiub ayam yang dah dihancurkan tadi)

>Keluarkan ayam dan toskan airnya.

>Air rebusan ayam jgn dibuang.

>Basuh beras bersih.

>Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam.

>Masak beras hingga kembang.

>Masukkan air (1 liter) sedikit demi sedikit.

(Api kecil ya puan-puan)

>Bila bubur hampir masak masukkan halia, kiub ayam dan sedikit garam.

(Pepandai rasa garam supaya manis daripada kanji nasi tak ketara)

>Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah, daun sup dan bawang goreng.

>Titiskan sikit dgn minyak bijan.

(Tapi secara peribadi, bagus letak minyak bijan dalam individual bowl, lebih terasa umph!)




Sedap mkn dengan ikan bilis, kacang goreng, cili jeruk dan telur masin

(tapi dah tak jadi McD la pulak)


So there you go.. Special credit to my sister.. Kak Nini, for being my on-line tutor. Cheers!!