
Mereka bernikah di Songkhla, Thailand sejak Februari 08 yang lalu tetapi sepanjang tempoh tersebut sehingga hari ini, Rita masih bermain tarik tali dengan peminat tentang statusnya dengan pemain bolasepak negara, Aidil Zafuan . Stop dulu kat sini..
Aku sebenar-benarnya nak tulis pasal benda lain yang lagi menarix, macam maksaklah kat Bukit Antarabangsa ke, banjir kat Kelantan ke... tapi disebabkan kawan-kawan aku yang kat sini and Kapit sibuk dok tanya aku pasal berita nih.. so aku pun meng'google'lah dan jumpa lah pasal isu ini.
Sapa tak kenal dua beradik kembar nih. nak kata prodigy tu tak la tetapi disebabkan pakej bakat, kehenseman dan julung-julung kali ada pemain kembar dalam satu-satu sukan (dulu ada gak tapi tak popular sebab pakej tak cukup kot? haha)Aidil Zafuan and Zaquan Adha. So sebenarnya Aidil Zafuan ni dah pun Kahwin di Songkhla bulan Feb haritu. Patutla main (bola) pun cam takder stamina coz ader benda lain yang mengurangkan staminanya hahaha (18 sx nih). Tapi kesian coz mak bapak dia pun tak tahu menahu pasal benda nih
Bapa Aidil Zafuan sendiri, Abdul Radzak Salleh, 59, berkata, Aidil Zafuan mengesahkan berita tersebut melalui anak sulungnya, Ruzithana Razak Abdul Radzak, 37, dua hari lepas. “Di sini, saya mahu mengesahkan Aidil sudah pun berkahwin dengan Rita dan berita yang digempar-gemburkan sebelum ini adalah benar.”
Rupa-rupanya, pernikahan turut dirahsiakan dari pengetahuan keluarga mereka lebih 10 bulan. Keluarga Aidil Zafuan yang ditemui wartawan hari ini melahirkan rasa kecewa mereka terhadap Aidil yang membelakangkan keluarga dalam hal ini (sejuk perut mak dia)
Nampaknya tinggal sorang lagi jerk yang masih available itu pun kalo dia tak kawin ngan mana-mana orang dan merahsiakannya lah, gigit jarila awek awek yang mendambakan mamat-mamat nih.
Separuh jer aku letak nak penuh pi kat web nike Malaysia
Dahla giant advertisement poster separa bogel dorang dengan nike baru je ditampal kat serata
"Isk, aku nak kawin gak nih"- zaquan adha
Bapa Aidil Zafuan, Abdul Radzak Salleh, 59 berkata, “Saya tak dapat cakap sama ada merestui perbuatan mereka atau tidak kerana perkara itu telah berlaku. Namun, saya terima apa yang berlaku.”
Namun, tidak siapa tahu sebab sebenar Aidil Zafuan dengan tiba-tiba berani untuk mengemukakan perkara sebenar kepada keluarga.
Wartawan juga nampaknya belum dapat sebarang komen dari Rita Rudaini sendiri.
Mari kita meng'kepoh' untuk mengetahui sebab apa dia baru nak gitau sekarang.. adakah kerana
a)Rita dah pr3gnant, takot orang persoal sapa bapak anak dia nanti
b)Aidil dah rimas
c)Rita nak wat publisiti memandangkan nama dia dah senyap jerk skang
d)Aidil nak masok bidang seni plak memandangkan pasukan
e) (letakla sebab korang tersendirik)
Tapi apa-apahal pun bagi aku mereka kahwin secara sah dan itu sudah suratan mereka dua lah, harap bahagia selamanya..
okeh, aku dah pun menamatkan post pojok ku ini.. Harap-harap pasni takder la anasir anasir luar yang menghasut aku untuk tulis blog camnih... (kecuali la kalo......huh?? apa CT mengandung??)
Disclaimer: Aku tak minat Rita pun, cuma aku suka tengok kembar tu main bola disebabkan aku pun coach handball ("tapi dia main football... apa nih?" kata seseorang)
Sesambil tu.. seronok-seronok kan lah diri anda buat undian kat sebelah kanan blog tu ek...
Photo n text: kredit kepada Oh Bulan.com
6 thoughtful thoughts:
Owh... Tiddak
Ye lah.. kat TV3 tadi pun ade citer. Nape la dia wat camtu.. sian mak bapak dia. Ngan I sekali pun kesian huhu.. Rasanya dia tensen pasal kalah main bola kot.. ataupun kalah sebab otak tak tenteram, tu yang last2 dia gtau "Selamat Pengantin Baru Tahu"..
Aku rasa mesti dorang dah lama bincang nak kawin tapi dapat coz ada halangan..RIta mid 30s zaquan baru 21.. so nak wat camaner.. dari buat maksiat.. baik kawin.. walaupun membelakangkan keluarga.. lesser than two evils maaa....
jodoh mmg dah jodoh..pernah gak terbaca rita kata parents aidil nih ok suka gak la kat dia..maybe terlalu muda untuk kawin kot sebab tu mak dia hold dulu, bagi mak dia ko main la bola dulu..walaupun ko main macam %&*^#@ skit tapi main jelah..muda sgt beb...mmg skang ko tak rasa..10thn lagi ko baru 31thn ntah matured ker blom..rita tu dah ...(pepaham jerlah) dah..time tu rita ko kena bersedia tau..ko cucuk botox sana sini pun ehem2 jugak..anyway korang dah pilih macam ni korang kena harungi la ekk..aidil ingat! ko dah kawin pun mak tetap no.1 ko tu anak lelaki..tu jerlah pesanan aku semoga bahagia...:-) bubbye!!!!
macammana nak pandai main bola..kepala hotak dah ke lain..hehehe! tapi oklah dari buat maksiat..bab tu aku sokong!!! harap mak dia pikir yg tu jerla dosa pahala tu lebih penting.. renung2 kan dah selamat beramal!! :-)
Alaaaa.. dah kawin ker?
Camner ngan fantasi I nih..
DULU, slalu bermimpi camner la rupa kembar ni tanpa baju hahaha coz slalu pakai skin shirt dari Nike jerk..
PASTU, fantasi terjawab bila tengok iklan Nike baru tu (hawt!)
SKANG, baru je syok sendiri tau tau dia dah kawin.... merana I
Post a Comment