Ok citer pasal Hero.. (as promised pada post sebelumnya) and FYI tajuk di atas tu bukan typo.. Bangkak is an Iban word.

Aku dah berusaha bersusah payah untuk yakinkan PPD Kapit untuk hantar team aku wakili Kapit di Sri Aman. Perincian dia tak perlulah kot? Cukupla kalau aku katakan, aku betul-betul bekerja keras untuk convinced dorang yang mereka perlu dihantar. (setelah 3 tahun lamanya tak hantar team)


Sampai sana kitorang diundi bersama pasukan Sibu dan Miri.

Hari pertama, kitorang lawan Sibu. Sibu memang kuat and kitorang kalah.

So malam tu sedang sibuk-sibuk bincang tactical and strategy untuk jumpa Miri the next morning, Hero bersuara,

Ngai aku main pagila, Nyamai gik tindok!

Meaning: Tak nak aku main esok.. Best lagi tidor!!

Yang menyebabkan rentak jantung aku mula berdegup kencang dan rasanya memang boleh makan orang masatu.

Timing dia memang best, waktu orang tengah semangat nak rancang strategi, time orang baru rasa macam nak bangkit balik..

////FLASHBACK////

Hero memang tak guna. (Ya! Tiada self-censorship lagi. memang dia TAK GUNA!) Masa olahraga antara rumah haritu dia buat macam-macam hal,

1. Rekod lompat jauh dia dipadam oleh Jockey Soo, dia bising macam kucing nak kena kasi. Throwing tantrum everywhere.
2. Lompat jauh dia dah tak berapa jauh dah, orang lain lebih hebat dari dia.. dia terus blah tanpa habiskan lompatan... takder semangat kesukanan langsung
3. Dia tinggalkan 3 orang team member dia terkontang-kanting kat padang untuk acara 4 x 400m relay. Langsung tak hadir and tak inform mana-mana jurulatih.

Then waktu handball practice pun macam si@l. Orang tak boleh lebih daripada dia. Kalau main hebat sket. Dia akan cakap:

Tak payah la nak tunjuk hebat sekarang. Setakat praktis memang boleh.

////FLASHBACK ENDS////

So sebab itulah aku punya jantung macam nak meletop bila dia sebut camtu. Coz I know he wasn't joking.

Come on la. Aku pun tak expect korang menang, cuma aku harap korang happy ngan experience yang korang dapat.

Tapi takkan kalah dah tak nak main?

Takkan la ini balasan atas usaha aku bersusah payah nak antar korang sampai peringkat Negeri?

Ko ingat ko bagus sangat ke?

Ko ingat Kapit kuat sangat ke banding ngan bahagian-bahagian lain yang arrived with entourage of physiotherapy lah, profesional coach lah, medical officer lah?

So, apa yang berlaku malam tu memang aku sendiri tak jangka la...

Mula-mula aku kuar dari dorm yang aku duduk bersama-sama ngan dorang tu..

Tarik napas... hembus.. tarik.. hembus..

Sambil kepala otak aku pikir macam mana cara terbaik untuk tackle problem ini..

Aku masuk balik..

Amik wallet aku, kuarkan RM5 x 2.. then campak kat muka dia..

Aku cakap tu duit elaun dia untuk esok.. skang jugak dia boleh balik.. then

"Kau memang pelajar paling SIAL pernah aku jumpa!!"


Camne leh kuar perkataan tu ek? Menyesal memang menyesal.. Tak pernah pun sebelum ni kuar perkataan sebegitu kepada students aku. But then, I think.. that was the best word to describe him at that time.

Mind you, aku bukan kenal dia sebulan dua tapi aku dah train dia since 2006, so I think I am entitle to call him that based on ALL the previous experience/problems/attitudes I encountered with him. (so kenapa aku masih rasa bersalah?)

Budak-budak lain dah mula diam dah. takde lagi gelak-gelak, rasa cam dok kat library plak. Aku terus blah pegi mandi. nak cooling off. Lantak ko lah.

Siap mandi, Ada RM10 atas tilam, aku jadik hot balik, campak sekali lagi...

Pastu?

nanti la sambung.. kalo aku rajin...

Monday, 26th April 2010, 0045

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book